Tips Berguna Untuk Pemilik Yang Mempunyai Kucing Lebih Dari Satu - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Tips Berguna Untuk Pemilik Yang Mempunyai Kucing Lebih Dari Satu

Share

Buat pemilik yang mempunyai kucing lebih daripada seekor, bagaimana cara kucing-kucing anda bergaul? Adakah mereka berkomunikasi dengan baik atau sering bergaduh?

Jika kucing-kucing anda sering bergaduh, ia merupakan perkara normal kerana ini biasa terjadi pada kucing-kcuing rumah yang lain, lebih-lebih lagi jika anda membela begitu banyak kucing.

Berikut adalah tips untuk anda yang mempunyai lebih daripada satu bulus.

TAMBAH KELUASAN KAWASAN UNTUK KUCING-KUCING ANDA

Keluasan tempat untuk kucing adalah sangat penting jika anda mempunyai banyak kucing kerana kucing-kucing anda akan lebih senang bergerak dan memanjat dan mempunyai kawasan bersendirian mereka sendiri.

Sediakan barang-barang keperluan kucing-kucing anda seperti pokok kucing, rumah kucing dan perabot kucing dalam kuantiti yang mencukupi supaya masing-masing mempunyai ruang untuk memanjat dan bermain dan tidak perlu berebut antara satu sama lain.

CUBA UNTUK LUASKAN ‘JALAN MATI’

‘Jalan mati’ di sini bermaksud kawasan menyendiri untuk kucing-kucing anda. Jika kucing anda ingin bersendirian terutama setelah terlibat dalam pergaduhan, ia perlukan tempat untuk menenangkan diri.

Justeru, untuk meluaskan lagi ‘jalan mati’ untuk kucing-kucing anda terutama bagi kucing yang sedikit anti-sosial, anda boleh sediakan kawasan yang sedikit tersembunyi daripada kucing-kucing lain seperti bilik kecil untuk mereka duduk di dalamnya

BERMAIN DENGAN KUCING ANDA

Bermainlah dengan kerap dengan kucing-kucing anda. Gunakan pelbagai alat mainan yang berbeza  dan cuba pelbagaikan aktiviti dan jangka masa mereka bermain. Anda juga boleh gunakan permainan dengan alat kawalan jauh. Pastikan anda berlaku adil dengan semua kucing anda dan tidak mengabaikan walau seekor pun.

Anda boleh bermain bersama kucing anda di dalam kumpulan atau bermain secara individu. Lakukan ‘eksperimen’ dengan kucing anda, ini akan membantu anda untuk mengenalpasti aktiviti apa yang sesuai dilakukan bersama kucing-kucing anda.

SEDIAKAN KOTAK UNTUK KUCING-KUCING ANDA

Sediakan kotak atau rumah kecil di beberapa kawasan untuk mengawal tahap tekanan kucing anda yang pasif dan tidak suka diganggu oleh kucing-kucing yang dominan. Dengan adanya kotak atau rumah kecil, mereka boleh duduk dan berasa selamat di dalamnya.

Pastikan anda menggunakan ruang di kawasan rumah anda dengan sebaik mungkin untuk keselesaan kucing-kucing anda dan juga diri anda.

SEDIAKAN TEMPAT MENCAKAR

Tempat mencakar bukan sahaja bertindak sebagai tempat untuk kucing mengasah kukunya, tetapi ia juga bertujuan untuk kucing menandakan tempat atau kawasan jajahannya. Untuk menandakan kawasannya, si kucing akan membuat tanda di beberapa tempat.

Mencakar juga merupakan salah satu komunikasi antara kcuing-kucing. Ini akan membuatkan kucing anda saling memahami dan mudah untuk bergaul. Sediakan beberapa tempat mencakar di sekitar kawasan rumah anda.

PELAJARI MAKSUD GERAKAN BADAN KUCING-KUCING ANDA

Dengan mempelajari gerakan badan kucing-kucing anda, anda akan dapat mengenal pasti bila kucing-kucing anda akan mula bersikap agresif, dan bila pula mereka dalam keadaan bertenang.

Ini sangat penting kerana apabila anda dapat mengenal pasti gerakan badan kucing-kucing anda, anda daoat menghentikan sebarang pergaduhan kucing-kucing anda dengan mudah.

ELAKKAN SEBARANG TINGKAH LAKU AGRESIF

Anda harus menjadi ‘orang tengah’ untuk mengelakkan sebarang perbalahan antara kucing-kucing anda. Anda boleh alihkan perhatian kucing anda yang mempunyai tanda-tanda ingin bertindak agresif.

Jangan sesekali biarkan kucing-kucing anda menyelesaikan masalah mereka sendiri. Jika kucing anda bergaduh, jangan biarkan mereka terus bergaduh dan berharap mereka akan berbaik sendiri selepas beberapa minit. Anda harus bantu untuk meleraikan pergaduhan itu.

Asingkan kucing-kucing anda yang sedang bergaduh dalam satu tempoh masa yang sesuai sebelum anda ‘pertemukan’ mereka semula.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!