Tips Kenalkan Kanak-kanak Kepada Kucing Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Tips Kenalkan Kanak-kanak Kepada Kucing

Share
Kucing

Jika anda mengambil kucing dari pusat perlindungan atau dari jalanan, ia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru di rumah anda. Tambahan pula, jika anda mempunyai anak kecil, anda pastinya bimbang jika mereka tidak bergaul dengan baik antara satu sama lain.

Kanak-kanak selalunya teruja apabila melihat kucing dan kadang kala terlalu ‘ganas’ apabila bermain dengan kucing. Kucing adalah haiwan yang tidak boleh dijangka, jadi adalah penting untuk anda memperkenalkan anak anda dan si bulus dengan cara yang betul. 

Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab untuk memastikan hubungan si bulus dengan anak anda baik. Berikut adalah tips untuk memperkenalkan anak anda kepada si bulus.

1. Tanya Pengalaman Orang Lain

Jika anda mempunyai ahli keluarga atau rakan lain yang mempunyai anak dan membela kucing, anda boleh bertanya kepada mereka tentang pengalaman mereka membesarkan anak kecil dan kucing bersama-sama. Ambil perhatian tentang perkara-perkara yang mereka kongsikan terutamanya perkara yang harus anda lakukan dan yang anda harus elakkan.

2. Tetapkan Peraturan Dan Batasan Yang Jelas

Anda harus menetapkan peraturan yang jelas kepada anak anda supaya mereka tahu batasan mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak kadang kala terlalu teruja untuk bermanja dengan si bulus dan menggomolnya sehingga membuatkannya rimas. Jika ia berasa rimas, ia mungkin akan bertindak ganas dengan mencakar anak anda. Jadi pastikan anda menetapkan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh anak anda kepada si bulus.

3. Pantau Anak Anda Yang Masih Kecil

Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah tidak seharusnya dibiarkan berseorangan bersama dengan kucing, mereka seharusnya dipantau oleh orang dewasa. Kanak-kanak yang berumur atas daripada 6 tahun pula, anda harus pastikan bahawa mereka sudah betul betul faham cara yang betul untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan kucing sebelum anda boleh tinggalkan mereka bersama si bulus.

4. Jangan Terburu-buru

Ambil masa untuk memperkenalkan anak anda kepada si bulus dan jangan terburu-buru atau memaksa hubungan tersebut. Kucing tidak suka apa-apa perubahan yang drastik. Jadi, jika anda terburu-buru untuk memperkenalkan anak anda dengan kucing anda, ia akan berasa stress. Pastikan anak anda tahu bahawa kucing memerlukan masa untuk menjadi temannya.

5. Terapkan Nilai Tanggungjawab

Bantu anak anda untuk memahami bahawa kucing bukan sahaja peneman atau rakan bermain mereka, tetapi adalah tanggungjawab mereka. Anda boleh memupuk rasa tanggungjawab terhadap kucing dalam diri mereka dengan meminta bantuan mereka menguruskan keperluan kucing seperti mengisi bekas makanan dan minuman, memberus bulu kucing dan membersihkan bulu-bulu di lantai. Dengan ini, mereka akan menghargai kehadiran kucing dalam keluarga. Tugas membersihkan bekas najis bagaimanapun harus diserahkan kepada orang dewasa atas sebab-sebab kebersihan. 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!