);

Type to search

Cattiviti Haimeow

Tips Memilih Hotel Kucing Yang Terbaik

Share

Perkhidmatan ‘boarding’ bukanlah semata-mata penyediaan hotel untuk kucing sahaja, malah ia merupakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh setiap pemilik kucing kepada penyedia hotel kucing

Apabila meninggalkan kucing kepada orang lain, pemilik pastinya berharap agar kucing mereka dipelihara dengan baik serta dalam keadaan yang sihat sebagaimana semasa dalam pangkuan mereka.

Rasa risau itu pasti tidak dapat dielakkan kerana ia ibarat kita menghantar anak kita yang masih kecil di bawah jagaan orang lain.

Tambah lagi terdapat beberapa kes sebelum ini yang kucing menjadi sakit atau mati selepas pulang daripada hotel kucing.

Berikut adalah tips untuk memilih hotel kucing yang terbaik:

1. Perhatikan dan tinjau keadaan hotel, sama ada kucing bebas berkeliaran atau tidak. Kucing tidak boleh dikurung sepanjang hari di dalam sangkar dan hendaklah mempunyai masa bermain di luar sangkar setiap hari bagi memastikan kucing tidak merasa stres.

2. Adakah perkongsian sangkar diamalkan? Jika diamalkan, mampu memudaratkan kucing seperti jangkitan penyakit dan bergaduh.

3. Penilaian dari segi bau, busuk ataupun tidak kerana sebagai pemilik kita boleh mengesan bau yang kurang enak sudah pasti mencerminkan keadaan hotel kucingnya yang tidak bersih.

4. Sistem pengudaraan yang baik serta penggunaan teknologi pengaliran udara yang bersih mampu menyajikan suasana yang tenang buat si bulus kesayangan.

Antara langkah-langkah penyediaan hotel kucing yang terbaik demi memastikan keselesaan serta kebersihan si bulus kesayangan anda terjamin tanpa perasaan ragu-ragu sebelum membuat pilihan untuk meninggalkan kucing peliharaan anda di mana-mana hotel kucing.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!