Tips Pindah Rumah Bersama Si Bulus - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Tips Pindah Rumah Bersama Si Bulus

Share

Melangkah ke rumah baru dengan kucing adalah satu perkara yang agak sukar kerana si bulus boleh menjadi tertekan atau stres dengan suasana yang baru.

Sudah tentu sebagai pemilik anda bimbang si bulus tidak suka dengan tempat baru, tetapi anda harus memberikan mereka masa untuk menyesuaikan diri.

Persiapan awal untuk si bulus anda di tempat baru perlu diberi perhatian kerana  si bulus yang tidak biasa dengan suasana baru boleh berasa stres, dan ini boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka.

Berikut HaiMeow kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda dan si bulus apabila berpindah ke rumah baru.

Kawasan Khas Untuk Si Bulus

Dalam hal menyediakan tempat khas untuk si bulus, sebagai pemilik, anda perlu menitik beratkan perkara ini. Seperti manusia, kucing juga memerlukan ruang persendirian untuk mencari ketenangan. Sediakan ruang khas untuk si bulus dengan beberapa perabot, tanpa perlu diubah lagi pada masa akan datang untuk keselesaan si bulus.

Kekalkan Rutin Harian

Kucing akan mudah berasa stres apabila berlaku perubahan dan kebiasaannya akan mengambil masa untuk mengadaptasi kepada persekitaran atau rutin yang baru. Sebaiknya, apabila anda berpindah ke rumah baru, kekalkan rutin yang anda lakukan bersamanya, tidak kira masa bermain, masa makan, atau lain-lain perkara supaya mereka kurang rasa perubahan di tempat baru.

Simpan Barang Lama

Manusia mungkin akan teruja dengan barang-barang yang baru, tetapi tidak bagi kucing. Jika anda berpindah ke rumah baru, jika boleh cuba kekalkan sofa, perabot atau barang-barang si bulus seperti bekas makanan dan najis yang lama.

Terdapat sebab mengapa kucing suka akan barang-barang lama. Ini kerana bau mereka sudah melekat pada barang-barang yang lama jadi mereka sudah biasa dan tidak akan begitu terkesan jika berpindah ke rumah baru.

Rekod Perubatan

Dapatkan rekod perubatan kucing anda sebelum berpindah. Kumpul maklumat terlebih dahulu mengenai doktor haiwan di kawasan baru anda. Ini untuk memudahkan anda membawa si bulus berjumpa doktor haiwan yang baru jika anda sudah mempunyai rekod mereka. Doktor haiwan akan mudah untuk merawat kucing anda jika berlaku apa-apa masalah kerana mempunyai rekod perubatan kucing anda.

Tidak dinafikan bahawa situasi berpindah-randah ini bukan satu perkara yang mudah. Anda perlu merancang dengan rapi sebelum berpindah supaya tekanan tidak begitu dirasai oleh si bulus. Jadikan situasi berpindah rumah sesuatu yang menyeronokkan buat anda dan juga si bulus.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!