Tips Untuk Elak Pasir Najis Berterabur - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Tips Untuk Elak Pasir Najis Berterabur

Avatar
Share

Pasir litter berterabur keluar dari bekas najis? Pasti anda pernah mengalami situasi ini bukan? Rasa geram je kan nak kena sapu dan bersihkan pasir-pasir yang bertaburan tu.

Berikut HaiMeow kongsikan 7 tip untuk elakkan pasir daripada berterabur keluar dari bekas najis.

Guna Bekas Atau Penghadang Yang Lebih TInggi

Untuk mengelakkan masalah pasir berterabur keluar daripada bekas najis, anda boleh gunakan bekas najis yang mempunyai penghadang yang lebih tinggi. Anda boleh cuba mengukur tahap ketinggian yang kucing anda mampu lompat untuk masuk dan keluar daripada bekas najis.

Guna Bekas Najis Yang Lebih Besar

Kadang-kadang, bekas najis yang digunakan terlalu kecil untuk kucing anda, lagi-lagi jika kucing anda bersaiz besar. Bekas najis yang besar memberi ruang untuk kucing menggali lubang tanpa menyebabkan pasir-pasir di dalamnya terkeluar.

Guna Pasir Yang Bersaiz Besar

Pasir yang bersaiz kecil mudah melekat di tapak atau celahan kaki kucing. Gunakan pasir yang bersaiz besar untuk menyukarkan pasir-pasir daripada melekat pada tapak kaki si bulus.

Guna Bekas Yang Tertutup

Terdapat banyak bekas najis kucing yang tertutup yang dijual di pasaran. Kucing anda juga akan berasa lebih selesa untuk menggunakan bekas najis yang tertutup kerana lebih privacy untuknya ketika membuang najis.

Gunakan Bekas Najis Top-Entry

Bekas najis top-entry direka khusus supaya kucing masuk melalui bahagian atas. Ini dapat mengelakkan kucing anda daripada ‘membawa’ sekali pasir-pasir keluar setelah melepaskan hajat.

Letakkan Alas Di Hadapan Bekas Najis

Meletakkan alas tidak membantu daripada pasir bertaburan keluar daripada bekas najis tetapi ia membantu supaya pasir-pasir tidak berteraburan lebih jauh di atas lantai.

Mudah untuk membuang pasir-pasir yang melekat di alas kaki berbanding menyapu pasir-pasir yang berteraburan di seluruh kawasan rumah. Selain itu, alas kaki juga bertindak sebagai pembersih tapak kaki kucing.

Gunakan Bahan Semulajadi

Gunakan bahan semulajadi seperti palet pokok atau kanji. Banyak bahan semulajadi yang boleh menggantikan pasir yang dijual di pasaran. Bahan semulajadi ini juga lebih praktikal kerana ia boleh dibuang dalam mangkuk tandas tanpa menyebabkan tandas tersumbat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!