Tips Untuk Jinakkan Kucing Liar - Verst Haimeow );

Type to search

Tips Untuk Jinakkan Kucing Liar

Haimeow Cattiviti

Tips Untuk Jinakkan Kucing Liar

Avatar
Share

Di luar rumah kita pasti banyak kucing-kucing liar yang kadang-kadang datang untuk tumpang makan atau mencari tempat berteduh. Tetapi jika perasan, mereka amat garang dan tidak selesa dengan kita.

Ketahui beberapa tips untuk kita lebih mudah dan selesa bersama mereka;

1. Kenali Fitrah

Fitrah kucing liar ini mereka sedikit takut dengan manusia mungkin kerana mereka pernah dibuang, didera atau diseksa oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Perkara tersebut mungkin menyebabkan trauma kepada mereka namun, mungkin sebahagian lainnya sekadar ingin berhati-hati dengan makhluk lain.

brown and black cat sitting on green grass

2. Kepercayaan

Berikan mereka ruang dan masa untuk mempercayai manusia. Jangan tergesa-gesa mengejar atau menangkap mereka kerana itu boleh menganggu perasaan mereka. Anda mungkin akan tercedera apabila mereka bertingak laku agak ganas kerana mereka ingin melindungi mereka.

Tunjukkan rasa kasih sayang manusia kepada mereka dengan membiarkan mereka makan di kawasan rumah tanpa menggangu mereka.

3. Komunikasi

Banyakkan bersembang bersama mereka dan memberi makan minum agar mereka merasa dilindungi dari kelaparan. Sediakan satu tempat yang selesa dan hangat agar mereka boleh menyelinap tidur pada waktu malam.

Pukulan, Kucing, Kesayangan, Hewan, Bulu

Biarkan mereka mencium bau anda terlebih dahulu untuk memberi mereka pengenalan terhadap anda. Bau yang dikenali akan lebih mudah untuk mereka mencari anda.

4. Suasana Yang Selamat

Jika mereka sudah merasa selamat dan nyaman bersama anda, belai dan bersihkan mereka dengan perlahan-lahan agar mereka bersih. Kemudian vaksinkan mereka supaya mereka terhindar dari kuman-kuman sepanjang mereka berada di kawasan luar.

Ajar mereka bagaimana menggunakan tempat buang najis dan makan minum mereka. Mereka mungkin sudah terbiasa buang najis di kawasan tertentu jadi mungkin ia mengambil masa yang agak lama.

Anak Kucing, Lucu, Kucing, Putih

Jangan marah dan herdik seandainya mereka berkelaukan sedikit liar dan ganas, kerana mereka ingin menyesuaikan diri terlebih dahulu.

Diharapkan tips-tips ini membantu mereka yang ingin merawat dan membela kucing liar yang mereka jumpa di kawasan-kawasan sekitar.

Sumber: Majalah Ilmiah

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!