Tips Untuk Kekalkan Bentuk Ideal Si Bulus Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

Tips Untuk Kekalkan Bentuk Ideal Si Bulus

Share

Menjaga kucing agar kekal cergas boleh jadi mencabar, kerana mereka kebanyakannya lebih gemar berada di dalam rumah dan menikmati waktu tidur sepanjang hari.

Namun sebagai pemilik, anda tidak boleh culas mengenai keadaan kucing anda dan pastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Berikut HaiMeow kongsikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk membantu kucing anda kekal dalam bentuk ideal.

Makanan Yang Baik

Kualiti makanan yang baik adalah penting apabila anda menyediakan makanan buat si bulus.

Ingat, kucing adalah haiwan karnivor. Tubuh mereka dicipta untuk memproses protein yang tinggi, diet karbohidrat yang rendah.

Memberi kucing makanan kering dan makanan yang diproses menyumbang kepada pertambahan berat badan.

Untuk kepelbagaian, cuba beri kucing anda makan ayam, daging, atau ikan rebus yang sudah dibuang tulangnya.

Doktor Tahu Yang Terbaik

Jika kucing anda obesiti, nasihat kesihatan terbaik yang anda boleh rujuk adalah daripada doktor haiwan atau pakar veterinar.

Sesetengah fizikal baka kucing lebih besar daripada yang lain, jadi adalah penting untuk mengetahui apa yang normal dan diperlukan oleh kucing anda.

Doktor haiwan akan dapat mengukur lemak kucing anda kepada nisbah otot dan menentukan sama ada kucing anda perlu diet atau tidak.

Doktor haiwan juga boleh melakukan ujian makmal (diagnosis) untuk menentukan kesihatan keseluruhan kucing anda.

Cari Masa Untuk Bermain

Ambil sedikit masa setiap hari untuk bermain dengan kucing anda kerana ia baik untuk anda dan juga kucing anda.

Bermain adalah salah satu senaman untuk kucing anda. Pastikan anda pelbagaikan cara bermain supaya kucing anda tidak bosan.

Anda juga boleh jadikan masa makan sebagai masa bermain. Ambil makanannya dan letakkan di seluruh kawasan rumah supaya mereka bergerak mencari makanan yang ada.

Pergi Memburu

Kucing adalah haiwan pemangsa. Jadi naluri pemangsa di dalam diri mereka akan beritndak balas apabila melihat benda-benda kecil yang menarik perhatian mereka.

Lambungkan bola getah atau bola mainan ke permukaan lantai dan tangga supaya kucing anda berkejaran mengejarnya.

Anda juga boleh menggunakan bola ping pong dan baling ke dalam tab mandi yang kosong untuk melihatnya cuba menangkap bola tersebut.

Kenali Kucing Anda

Kucing secara semulajadi merupakan makhluk yang mempunyai perasaan atau sifat ingin tahu yang amat tinggi.

Walaupun kucing suka tidur, ramai orang salah anggap dengan menyatakan bahawa kucing adalah haiwan yang pemalas.

Kucing hanya lebih aktif pada waktu malam berbanding siang hari. Jadikan kucing anda kekal sihat dengan bentuk ideal yang mampu memberikan kekuatan untuk selalu sihat dan gembira.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!