Tips Untuk Mengawal Dan Menjaga Kucing Masalah Obesiti - Verst Haimeow );

Type to search

Tips Untuk Mengawal Dan Menjaga Kucing Masalah Obesiti

Haimeow Cattiviti Kesihatan

Tips Untuk Mengawal Dan Menjaga Kucing Masalah Obesiti

Avatar
Share

Perlu diingatkan kucing juga boleh mengalami masalah obesiti dan bukan manusia sahaja. Apabila datangnya masalah obesiti akan datang lagi masalah kesihatan yang lebih parah seperti diabetes dan penyakit hati.
Antara sebabnya adalah kerana tiada kawalan dalam pemberian makanan. Makanan yang diberi juga mengandungi kalori yang agak tinggi dan tidak berapa sihat untuk diet mereka. Ini menyebabkan mereka menjadi lebih malas untuk bergerak dan membesar walaupun pada dasarnya ia amat comel tapi merbahaya.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Kucing British, Abu-Abu Kucing, Kucing Gemuk

Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan mereka. Perlu diingatkan berat badan mereka tidak akan turun secara serta-merta tetapi akan mengambil waktu.

1. Kawal Pemakanan

Anda perlu sediakan jadual pemakanan yang sesuai dengan mereka. Jika anda memberi kucing anda makan makanan yang berkalori tinggi melebihi apa yang sepatutnya mereka bakar, kucing anda akan naik berat badan.

Sentiasa timbang berat bdan mereka setiap hari dan catat sekiranya terdapat sebarang perubahan yang meningkat atau menurun. Ini memudahkan anda lagi untuk menjaga pemakanan mereka.

Mabuk, Kucing, Kucing Domestik

Sentiasa dapatkan nasihat veterinar tentang apa yang anda perlu lakukan jika kucing anda tidak mengalami sebarang perubahan sepanjang anda mengawal pemakanan mereka.

2. Senaman Harian

Selain menjaga pemakanan mereka, anda juga perlu menjaga gaya hidup mereka. Aktiviti fizikal juga dapat membantu mereka untuk menurukan berat badan dengan membawa mereka berjalan atau bersiar-siar di waktu petang. Beri mereka pergerakan fizikal dengan mengejar sesuatu mainan atau burung-burung. Setidaknya terdapat tindak balas yang positif dalam diet dan perlakuan mereka.

Kucing, Melompat, Bermain, Menyenangkan

3. Ransangan L-Caratine

L-Caratine merupakan asid amino yang dapat membantu hati kucing mengubah simpanan lemak menjadi glukosa. Ia merupakan satu bantuan yang agak baik dan besar dalam membantu kucing untuk menurunkan berat badan mereka. Namun untuk tips ini, anda perlu dapatkan nasihat dari pakar veterinar kerana silap langkap buruk padahnya. Mereka akan membantu anda apa yang sesuai untuk turunkan berat badan kesayangan anda.

Diharapkan tips ini dapat membantu mereka untuk menurunkan berat badan kucing mereka yang mengalami masalah obesiti. Mereka memang comel tetapi tidak sihat untuk mereka jadi pilihlah pilihan yang bijak untuk kesenangan mereka.

Sumber: Themamamiaow, Kucingcomeldanlucu

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!