Tips Untuk Mereka Yang Ingin Mandikan Kucing Dewasa Verst Haimeow );

Type to search

Tips Untuk Mereka Yang Ingin Mandikan Kucing Dewasa

Haimeow Cattiviti

Tips Untuk Mereka Yang Ingin Mandikan Kucing Dewasa

Share

Tips yang diberi mungkin dapat membantu mereka yang masih berjinak-jinak membela kucing tidak kira kucing baka ataupun kucing kampung.

Kucing tidak boleh dimandikan dengan kerap kerana takut mereka terjadi perkara yang tidak diingini. Penjagaan untuk kucing dewasa sedikit berbeza dengan anak kucing. 

1. Waktu Yang Sesuai

Untuk mandikan mereka, pastikan ketika itu mereka dalam kondisi yang agak tenang, tidak terlalu penat, atau badan mereka terlalu kotor dan berbau. Kita takut badan mereka nanti akan terkejut jika terlalu mendadak mandikan mereka.

Sphynx, Kucing, Bak Mandi, Bebek Karet

Pastikan tidak terlalu kerap, buat jadual agar anda lebih teratur dan tahu bila waktu hendak amndikan mereka. Jika mereka terlalu tidak duduk diam, buatlah dalam seminggu sekali.

2. Sediakan Air Yang Hangat

Jangan gunakan air yang terlalu panas dan terlalu sejuk. Ini kerana kita tidak mahu badan mereka terkejut dengan perubahan suhu yang secara mendadak. Bagi air itu agak nyaman dan selesa untuk mereka mandi.

3. Gunakan Syampu Yang Sesuai

Seperti manusia, kucing juga mempunyai syampu badan mereka yang sendiri. Ada pelbagai jenis antaranya, untuk melembutkan bulu, menwangikan kucing dan membunuh kutu. Apa-apa pun pastikan syampu itu selamat untuk mereka dan jangan gunakan syampu manusia kerana bahan-bahannya tidak sesuai untuk tubuh badan kucing anda.

4. Hindari Kawasan Telinga Dan Mata

Untuk bahagian tersebut atau lebih mudah bahagian wajah mereka, cuba hindari dari menggunakan air atau syampu. Ini untuk menggelakkan air daripada masuk telinga atau mata dan ia boleh menyebabkan penyakit.

Anda boleh membersihkan wajah mereka menggunakan kain basah yang bersih dan untuk telinga anda boleh menggunakan kapas telinga khas untuk haiwan. jangan guna kapas manusia kerana ia erlainan saiz dan fungsi, anda boleh dapatkan di mana-mana pet store berhampiran.

5. Lap Dengan Bersih

Setelah anda memandikan mereka, keringkan wajah mereka dan lap dengan bersih. Jika boleh gunakan pengering rambut tetapi carilah yang tiada bunyi atau bunyinya sedikit perlahan kerana kucing amat takut dan terkejut dengan bunyi yang agak kuat.

Basah, Kucing, I Love It, Mandi, Wol

Itu antara tips untuk mereka yang baru berjinak dalam dunia kucing dan pastikan kucing kesayangan anda sentiasa bersih kerana dikhuatiri dijangkiti penyakit.

Sumber: Liputan.6

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!