Sebuah Tren Terpaksa Henti Seketika Perkhidmatan Gara-gara Ada Kucing 'Lepak' Atas Bumbung );

Type to search

Haimeow Cerita

Sebuah Tren Terpaksa Henti Seketika Perkhidmatan Gara-gara Ada Kucing ‘Lepak’ Atas Bumbung

Avatar
Share
Kucing Lepak Atas Kereta Api

Selalunya, kita biasa dengar tentang perkhidmatan kereta api yang tergendala akibat masalah teknikal atau hal-hal keselamatan lain.

Tetapi lain pula ceritanya bagi sebuah kereta api di England ini yang terpaksa menghentikan seketika perkhidmatannya akibat terdapat seekor kucing yang sedang melepak di atas bumbung.

Kucing tersebut dilihat duduk dengan begitu selesa di atas kereta api Avanti West Coast di Euston Station, London pada pukul 8.30 malam waktu tempatan – setengah jam sebelum ia dijadualkan berlepas ke Manchester.

Disebabkan kucing itu enggan berganjak, penumpang terpaksa dipindahkan ke kereta api yang lain yang bertolak sedikit lambat daripada jadual asal.

Para pekerja terpaksa menghentikan seketika perkhidmatan kereta api tersebut untuk memujuk kucing tersebut dari kawasan bumbung kereta api itu yang sangat merbahaya kerana berdekatan dengan garis atas yang mengeluarkan 25,000 voltan elektrik.

Setelah dua jam setengah usaha memujuk, barulah mereka dapat meyakinkan kucing itu untuk turun.

Menurut salah seorang pekerja, selepas berjaya turun, kucing itu dengan ‘selamba’ berlalu pergi meninggalkan mereka.

“Kami sering berurusan dengan burung di stesen ini tetapi sepanjang saya bekerja di sini, ini adalah kali pertama melibatkan kucing,” kata Joe Hendry, pengurus gerabak stesen Euston. “Syukurlah ia selamat dan tiada apa-apa.”

Sumber: Guardian
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!