Trend Lucu Ini Buktikan Kajian Saintis Tentang Kucing Dan Cermin Salah - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Trend Lucu Ini Buktikan Kajian Saintis Tentang Kucing Dan Cermin Salah

Share

Menurut kajian, kucing adalah antara haiwan yang tidak mampu mengenalpasti refleksi diri sendiri di dalam cermin dan menganggap refleksinya adalah kucing atau makhluk lain.

Ini berdasarkan eksperimen “mirror test” yang dijalankan oleh seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, Gordon G. Gallup pada 1970 yang diterbitkan di dalam The Cognitive Animal.

Saintis melakukan eksperimen tersebut dengan memberi ubat penenang kepada haiwan-haiwan yang terlibat dan kemudian meletakkan tanda merah pada dahi mereka ketika mereka tidur.

Selepas haiwan-haiwan tersebut bangun, saintis memerhatikan bagaimana reaksi haiwan terhadap tanda merah tersebut di hadapan cermin.

Kebanyakan haiwan yang terlibat tidak bertindak balas terhadap tanda tersebut tetapi haiwan-haiwan seperti ikan lumba-lumba, gorila, chimpanzi, orang utan dan burung murai mempunyai tindak balas apabila melihat tanda merah tersebut.

Kucing dan anjing juga adalah antara haiwan yang tidak bertindak balas terhadap tanda merah tersebut.

Jadi, para saintis menyimpulkan bahawa haiwan-haiwan yang gagal “mirror test” tidak mampu mengenalpasti refleksi mereka sendiri.

Namun, satu video yang tular melalui laman sosial baru-baru ini mungkin membuatkan kajian tersebut kurang relevan pada masa kini.

Video tersebut menunjukkan pemilik-pemilik kucing menggunakan filter muka kucing menggunakan aplikasi ‘Tik Tok’ untuk melihat reaksi kucing mereka.

Rata-rata netizen geli hati melihat reaksi lucu kucing-kucing tersebut terhadap pemilik mereka.

Namun beberapa netizen menyuarakan kekaguman mereka terhadap keupayaan kucing-kucing tersebut mengenalpasti bahawa video tersebut adalah refleksi.

Seorang pengguna menulis, “Apa yang mengagumkan saya adalah kucing-kucing tersebut sedar bahawa mereka sedang melihat refleksi diri mereka sendiri.”

Pengguna lain menulis, “Apa yang lucu adalah kucing tidak berjaya dalam “mirror test“… Saintis menyangka bahawa kucing tidak mengenalpasti refleksi sehinggalah filter ini muncul.”

Seorang pengguna turut memuatnaik video seekor kucing yang pelik melihat telinganya sendiri di hadapan cermin.

Jelas berdasarkan video yang dimuatnaik oleh netizen menunjukkan bahawa kucing sememangnya sedar bahawa apa yang ada di dalam cermin adalah refleksi mereka sendiri.

Mungkin ini masanya saintis membuat semula kajian baru terhadap kucing dan cermin?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!