Uniknya Mata Kucing Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Uniknya Mata Kucing

Share

Pernahkah anda terfikir atau tertanya-tanya apa yang kucing lihat menerusi pandangan kaca mata kecil mereka? Tertamanya jika kucing anda adalah jenis yang suka merenung sesuatu objek atau tempat dalam tempoh yang lama.

Adakah kucing melihat dunia dengan penuh warna-warni? Bagaimana sudut penglihatan kucing? Adakah penglihatan kucing mempunyai persamaan dengan penglihatan manusia? Jom kita pelajari tentang penglihatan si bulus!

Sudut Pandangan Luas

Kucing mempunyai sudut pandangan seluas 200 darjah, lebih luas berbanding manusia iaitu seluas 180 darjah. Perbezaan 20 darjah ini membuktikan bahawa kucing melihat sesuatu perkara atau objek dengan dimensi yang jauh lebih luas daripada manusia. Jadi, jangan pelik jika kucing anda menjumpai objek-objek yang anda cuba sembunyikan daripadanya kerana mereka sentiasa memerhatikan anda walaupun kelihatan seperti tidak.

Sempadan Warna (Colour Boundary)

Walaupun sudut penglihatan kucing lebih luas daripada manusia, manusia dapat melihat lebih banyak warna berbanding kucing. Ini kerana kon retina mata kucing kurang berbanding mata manusia. Kucing boleh melihat warna tetapi tidak sebanyak pandangan mata manusia.

Walaupun begitu, kucing bukanlah di dalam kategori buta warna atau colour blindness, tetapi colour boundary, kerana kucing masih boleh melihat warna tetapi terhad. Kucing mungkin melihat warna rumput lain daripada apa yang anda lihat.

Kucing Rabun?

Kucing mempunyai kadar ketajaman penglihatan antara 20/100 sehingga 20/100 berbanding manusia pada 20/20. Ini bermakna, apa yang anda lihat dengan jelas pada jarank 100 hingga 200 kaki (30 hingga 60 meter), kucing harus berada 20 kaki (6 meter) untuk melihat objek tersebut dengan jelas.

Night Vision

Kucing merupakan spesis pemangsa yang gemar memburu mangsanya pada waktu malam. Jika manusia memerlukan cahaya untuk melihat di dalam gelap, kucing pula bebas bergerak tanpa sebarang bantuan cahaya. Ini kerana retina mata kucing adalah sangat unik, seperti mempunyai night vision.

Kucing Faham Fizik

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Kyoto, Jepun, kucing memahami kesan dan akibat, malah kucing membuat keputusan logik berdasarkan bunyi yang mereka dengar.

Melalui bunyi, kucing dapat menjangka di mana mengsa mereka bersembunyi. Jadi jangan terkejut jika kucing anda menyerang atau menyergah anda secara tiba-tiba, kerana mereka memang sengaja mahu mengusik anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!