Untung Jadi Kucing, Buat Salah Pun Orang Sayang - Hancurkan Figura Doraemon, Netizen 'Cair' Dengan Kenakalan Kucing Ini - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Untung Jadi Kucing, Buat Salah Pun Orang Sayang – Hancurkan Figura Doraemon, Netizen ‘Cair’ Dengan Kenakalan Kucing Ini

Share

Kucing sememangnya makhluk yang paling beruntung di muka bumi ini. Makan disediakan, tempat ‘membuang’ orang bersihkan, kalau buat salah pun tak kena marah, malah makin disayangi!

Itulah apa yang terjadi kepada seorang pekerja kedai alat permainan yang mengambil masa satu minggu untuk menyiapkan model karektor popular animasi Jepun, Doraemon – hanya untuk melihat kucingnya musnahkan model tersebut dalam beberapa saat sahaja.

"Hanya satu kucing je boleh ada dalam rumah ni!" kata kucing tersebut.

Menurut pekerja berkenaan yang berasal dari Thailand, dia mengambil masa seminggu untuk menyiapkan model 2,432 kepingan itu yang diminta oleh pelanggannya untuk disiapkan sebelum tahun baru.

Dia bagaimanapun sempat mengambil gambar figura berkenaan sebelum kejadian tersebut – well, at least ada lah bukti untuk ditunjukkan kepada pelanggan.

Hasil usaha penat lelah selama satu minggu

Dia memuatnaik kejadian itu di Facebooknya dengan gambar-gambar kucing tersebut yang seakan-akan bangga dengan perbuatannya itu.

Selepas memusnahkan model tersebut, kucing berwarna oren tersebut menggunakan ‘senjata’ berkesan untuk melepaskan diri – dengan membuat muka comel.

Rata-rata netizen meninggalkan komen di gambar tersebut dengan majoriti ‘cair’ melihat wajah comel kucing tersebut.

Macam mana nak marah kalau muka comel macam ni?

Ada yang mengatakan bahawa mereka tidak akan sanggup memarahi kucing comel berkenaan jika perkara itu berlaku kepada mereka.

Seorang netizen menulis: “Lol. Saya harap pelanggan anda akan faham!”

Seorang lagi menulis: “Jujurnya, hati saya cair!”

Jika perkara ini berlaku kepada anda, apakah reaksi anda?

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!