Wanita Ini Ajar Cara Buat 'Ventilated Cat Litter Box' Untuk Elakkan Rumah Berbau Najis Kucing );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Wanita Ini Ajar Cara Buat ‘Ventilated Cat Litter Box’ Untuk Elakkan Rumah Berbau Najis Kucing

Share
Bekas Najis Kucing Ventilated Cat Litter Box

Memelihara kucing adalah satu perkara yang sangat membahagiakan, tetapi bila najisnya berbau satu rumah, terus hilang rasa kebahagian itu.

Walaupun sudah mencuba pelbagai produk pasir kucing yang dikatakan boleh menghapuskan bau najis, tetap juga tidak menjadi.

Jika anda mempunyai masalah seperti ini, mungkin anda boleh mencuba teknik yang dikongsikan oleh wanita ini di grup Facebook Stray Cats Seluruh Malaysia.

Ain Mn telah berkongsi bagaimana untuk memasang ‘ventilated cat litter box‘ supaya bau najis kucing boleh dihalakan ke luar rumah.

“Saya nak share idea ‘ventilated cat litter box’ ni. Moga bermanfaat untuk semua cat owner especially yang duduk rumah condo atau apartmen yang takde yard dan balcony. Yang ada laman, balcony & yard tapi nak extra wangi rumah pon boleh jugak apply idea ni.”

Menurutnya, dengan cara ini bau yang kurang menyenangkan dalam litter box akan disedut keluar melalui ‘ventilation fan’ yang dihalakan ke luar rumah.

“Saya guna cara ni dan pasang ventilation fan. Cuma saya tak letak cabinet dalam rumah, tapi letak di balcony.”

Bekas Najis Kucing Ventilated Cat Litter Box

“Ini yang litter cabinet yang saya sendiri buat.”

Barang-barang untuk membuat ‘ventilated cat litter box‘ seperti yang disenaraikan olehnya:

1. Litter box bertutup atau kabinet

2. PC fan 12v (Ain memberitahu dia menggunakan kipas bersaiz 12cm dengan USB tersedia)

3. Usb adaptor 12v

4. Vacuum hose/aircond hose (beli mengikut saiz lubang yang muat untuk cover PC fan)

5. Alatan untuk tebuk lubang kipas (dan pet door jika perlu untuk cabinet)

6. Pet door (boleh dibeli di MR DIY).

“Kalau nak letak dalam rumah, make sure install pet door tu ya untuk mengelakkan pasir bertaburan dalam rumah dan maximise sedutan bau busuk dalam cabinet tu. Sebab dalam rumah kan, kena lah extra bersih. Boleh beli di Mr Diy. Shopee dan Lazada pon banyak.

“Saya beli kipas size 12cm sebab size kipas tu sesuai dengan capacity cabinet saya tu. Make sure pasang kipas ni betul-betul ya. Yang berangin belah luar. Lepas tu jangan lupa pasang jaring ni dekat belah dalam untuk elakkan kucing anda main dengan kipas ni.

Bahagian luar tu cantum dan sambungkan dengan hose. By the way, dont worry kipas ni senyap sangat.”

Tetapi dia mengingatkan supaya berhati-hati menghalakan arah corong supaya tidak dihalakan ke rumah jiran.

“InsyaAllah memang dijamin takde bau. Kalau nak lagi best, boleh pasang carbon filter dulu.(and pleaseee bersihkan litter box hari-hari ya walaupun dah pakai ventilation fan ni).”

Sumber: Siakap Keli
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!