Video: Lihat Kucing Ini Berdepan Dengan 3 Coyote Tanpa Gerun - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Video: Lihat Kucing Ini Berdepan Dengan 3 Coyote Tanpa Gerun

Share

“Kecil-kecil cili padi”. Itulah yang boleh digambarkan apabila melihat rakaman seekor kucing yang mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa tiga ekor coyote yang lebih besar daripadanya.

Kejadian yang berlaku di Highland Park, California itu mendapat perhatian warga internet dan juga agensi berita tempatan serta antarabangsa yang terpegun melihat keberanian kucing hitam putih yang bernama Max itu.

Max dilihat dikepung oleh tiga ekor coyote yang sedang mengancamnya dan menjerit-jerit ke arahnya namun ia tidak sewenang-wenangnya menjadikan dirinya mangsa kepada coyote tersebut.

Tetapi, ternyata coyote tersebut tidak mengetahui bahawa Max sebelum ini adalah seekor kucing jalanan yang kuat dan telah hidup bersendirian di sekitar Long Beach sebelum diambil oleh pemiliknya.

Max cuba mempertahankan diri dan kawasannya itu dengan menyergah semula ketiga-tiga coyote itu walaupun ia berseorangan.

Max

Sebaliknya, ketiga-tiga ekor coyote tersebut yang kelihatan takut berdepan dengan Max dan berundur apabila kucing itu cuba menyerang balas.

Selepas beberapa saat, barulah pemiliknya, Maya Gurrin sedar tentang kejadian itu dan terus meluru keluar dan menghalau ketiga-tiga coyote itu.

“Kami keluar dan melihat tiga ekor coyote dan saya terus menjerit lalu menerpa kearah mereka, dan mereka terus berlari, dan Max pula terus berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku,” katanya kepada KTLA.

Maya sebelum itu sedang menonton televisyen bersama suaminya di dalam rumah sebelum melihat bayang-bayang ekor di tepi tingkap.

“Selepas kami lihat rakaman video keselamatan kami berkata, “Oh tuhan, dia telah berada di luar kira-kira 30 saat bertarung dengan mereka semua.”

“Saya tahu ia adalah kucing outdoor dan boleh mempertahankan dirinya sendiri, tetapi tidak sangka sampai begitu sekali,” kata Maya.

Maya Gurrin

Menurut Maya, kucingnya itu tidak suka terkurung di dalam rumah, dan buat masa ini dia dan suaminya sedang memikirkan jalan untuk memberinya kebebasan berada di luar sambil tidak membahayakan dirinya.

Maya berkata buat masa ini mungkin mereka terpaksa menggunakan tali untuk membawa Max berjalan-jalan, walaupun mereka tahu kucingnya itu pasti akan membencinya.

Mereka merancang untuk membina sebuah kurungan di luar rumah supaya kucingnya itu boleh bermain di luar rumah tanpa membahayakan keselamatannya.

Maya turut mengingatkan jiran-jirannya supaya berhati-hati supaya perkara sama tidak berulang lagi.

“Ya, (coyote-coyote) itu nampak makan malam,” merujuk kepada kucingnya itu.

“Tetapi mereka tidak takut dan ia mengambil masa beberapa saat sebelum mereka berlalu pergi ketika kami keluar,” tambah Maya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!