Video Mekap Gadis Ini Tular Akibat 'Penampilan Istimewa' Si Oyen Di Bahagian Belakang - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Haimeow

Video Mekap Gadis Ini Tular Akibat ‘Penampilan Istimewa’ Si Oyen Di Bahagian Belakang

Share

Video mekap seorang gadis menjadi tular di media sosial baru-baru ini akibat daripada ‘penampilan istimewa’ kucingnya yang melakukan ‘tarian unik’ di bahagian belakang.

Video yang berdurasi 51 saat itu pada mulanya kelihatan seakan-akan seperti video tutorial mekap biasa sehinggalah kelibat seekor kucing ‘oyen’ kelihatan di bahagian belakang.

Kucing tersebut kelihatan seperti sedang menghayati dan menari mengikut rentak lagu Bombayah daripada kumpulan kpop, Blackpink yang dimainkan dalam video tersebut.

Orang ramai geli hati melihat telatah oyen tersebut dan kebanyakannya mengakui hanya menumpukan perhatian terhadap kucing tersebut sepanjang video tersebut dimainkan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!