Vituzzo Superstar, Kucing Berkaki Bionik Pertama Di Itali - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Vituzzo Superstar, Kucing Berkaki Bionik Pertama Di Itali

Share

Dalam kebanyakan kes, kucing yang kehilangan kedua-dua kaki belakangnya akan dimatikan.

Namun berbeza bagi Vituzzo, atau panggilan manjanya Vito, yang kedua-dua kaki belakangnya terpaksa dipotong akibat dilanggar oleh sebuah kenderaan di Milan pada 2018.

Insiden malang berkenaan berlaku ketika pemiliknya, Silvia Gottardi dan Linda Ronzoni, sedang bercuti dan Vito pada ketika itu berada dalam jagaan rakan mereka.

Vito dilanggar ketika berjalan-jalan di luar rumah dan tidak pulang selama satu hari. Ketika dijumpai, ia berada dalam keadaan yang amat teruk sehingga doktor terpaksa memotong sebelah kaki belakangnya.

Menurut pemiliknya, “(Vito) kehilangan satu kaki dan berisiko untuk hilang sebelah lagi, yang mana ia tidak boleh hidup tanpanya.

“Kami berada jauh pada ketika itu, ia keadaan yang amat teruk, tetapi kami bertuah kerana mempunyai kenalan yang baik yang menjaganya,” tulis Silvia dan Linda.

Apa yang dirisaukan akhirnya menjadi kenyataan. Doktor terpaksa memotong sebelah lagi kaki Vito untuk mengelakkan jangkitan.

Kebiasaannya, kucing seperti Vito yang dipotong kedua-dua kakinya akan dimatikan.

Namun, pemilik Vito tidak putus harapan dan mahu kucing kesayangan mereka itu dipasangkan kaki palsu.

Bercakap kepada BBC, Silvia dan Linda mendapat inspirasi daripada seekor kucing British, Oscar yang menggunakan kaki palsu selepas kemalangan yang melibatkan mesin menuai padi.

Pada mulanya Vito dipasangkan dengan kaki palsu sementara dan selepas menguji kaki palsu sementara, doktor memasang kaki palsu lengkap dengan spring dan sendi – seperti yang digunakan oleh atlit paralimpik.

Walaupun berkaki palsu, Vito masih mampu menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa dan pemiliknya sentiasa memuatnaik video aktivitinya di laman sosialnya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!