Wanita 80 Tahun Maut Akibat Dicakar, Dijilat Kucingnya - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Wanita 80 Tahun Maut Akibat Dicakar, Dijilat Kucingnya

Share

Seorang wanita Australia berusia 80 tahun meninggal dunia selepas kucingnya menjilat luka cakaran di lengannya yang menyebabkan jangkitan bakteria.

Wanita berkenaan telah dicakar oleh kucingnya yang bernama Minty dan dijangkiti bacterial meningitis apabila kucing itu menjilat luka tersebut.

Wanita berkenaan koma selama sembilan hari di Box Hill Hospital, Melbourne dan sedar selama satu hari

Menurut anak wanita berkenaan, ibunya akan tidur bersama Minty pada setiap malam di katilnya.

“Ibu akan tidur bersama kucingnya dan ketika itulah Minty menjilat luka tersebut dan air liurnya masuk melalui saluran darah dan menyebabkan jangkitan,” katanya kepada Herald Sun.

Wanita berkenaan dijumpai tidak sedarkan diri oleh keluarganya manakala Minty sedang tidur berdekatan.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dalam keadaan koma dan doktor mengesan kewujudan pasteurella multocida, sejenis bakteria yang menyebabkan bacterial meningitis.

Wanita berkenaan koma selama sembilan hari sebelum sedarkan diri selama satu hari dan seterusnya meninggal dunia.

Gambar Hiasan

Pengarah Penyakit Berjangkit di Austin Health, Melbourne, Lindsay Grayson memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak membiarkan kucing menjilat luka.

Air liur kucing mampu memberi komplikasi yang teruk, termasuk kegagalan jantung dan buta begi mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang rendah.

Katanya, kucing adalah pembawa kepada beberapa bakteria yang merbahaya seperti pasteurella yang boleh menyebabkan meningitis, dan juga bakteria bartonella, yang menyebabkan “penyakit cakaran kucing”.

“Ia adalah perkara yang serius dan semakin bertambah kes jangkitan injap jantung yang tidak diketahui, yang semestinya sangat merbahaya jika tidak dirawat.

“Kes jangkitan akibat cakaran dan gigitan kucing seperti wanita ini, kami terima sekurang-kurangnya satu kali seminggu seseorang datang ke hospital,” katanya lagi.

Lindsay turut menasihati orang ramai supaya memberitahu doktor jika dicakar atau digigit kucing.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!