Wanita Didakwa Akibat Tidak Benarkan Kucing Tidur Bersama - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Wanita Didakwa Akibat Tidak Benarkan Kucing Tidur Bersama

Share

Seorang wanita warga New York didakwa di mahkamah kerana tidak membenarkan kucingnya, Lacie tidur bersama di atas katil, menurut laporan mahkamah.

Danette Romano, yang berasal dari Syracuse didakwa oleh pemilik lama Lacie, Carol Money kerana didakwa melanggar perjanjian yang dibuat pada April 2018 ketika bersetuju mengambil kucing tersebut.

Carol berkata, sebab utama dia bersetuju untuk menyerahkan Lacie kepada Danette adalah supaya Lacie boleh tidur bersama Danette di atas katil.

Carol yang berusia 72 tahun sudah tidak mampu untuk tidur bersama Lacie atas masalah kesihatan yang dihadapinya.

Carol menegaskan bahawa adalah penting bagi kesihatan emosi Lacie untuk tidur bertemankan seseorang.

Lacie juga sememangnya gemar tidur bersama tuannya dan akan merungut atau menangis jika tidak dibenarkan.

Gambar hiasan

Carol bertemu dengan Danette setelah diperkenalkan oleh seorang rakan, dan setelah beberapa kali berjumpa, Carol bersetuju untuk menyerahkan kucing kesayangannya itu kepada Danette walaupun berat hati untuk melakukan perkara itu.

Kedua-dua wanita berkenaan ada menandatangani surat adopsi yang dikeluarkan oleh Central New York Cat Coalition.

Beberapa ketika selepas itu, Carol mendapati bahawa Lacie tidak tidur bersama pemilik barunya itu.

Dalam tuntutan yang dikemukakan, Carol mendakwa Danette memutarbelitkan niatnya untuk membenarkan Lacie tidur bersamanya dan melanggar kontrak ketika bersetuju untuk mengambil Lacie.

Carol mahu Lacie dipulangkan kepadanya dan turut menuntut ganti rugi yang ditetapkan ketika perbicaraan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!