Wanita Ini Bingung Dengan Tabiat Kucingnya Yang Gemar Mencuri 'Goggle' - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Wanita Ini Bingung Dengan Tabiat Kucingnya Yang Gemar Mencuri ‘Goggle’

Share

Seorang wanita bingung dengan tabiat pelik kucingnya yang mula gemar membawa pulang ‘hadiah’ pelik pulang ke rumah, gogal mandi.

Sally Bell berkata, kucingnya Avery sebelum ini sentiasa membawa pulang haiwan-haiwan kecil sebagai ‘hadiah’ tetapi beberapa minggu kebelakangan ini, ia mula membawa pulang gogal mandi.

Menurutnya, setakat ini kucingnya itu telah membawa pulang lapan pasang gogal mandi pulang ke rumahnya di Bristol.

[Gambar: Sally Bell]

“Ia sememangnya gemar memburu, membawa pulang tikus, katak dan haiwan-haiwan kecil yang lain,” kata Sally.

Tiga minggu yang lalu, Avery yang berumur empat tahun mula membawa pulang sepasang gogal mandi.

“Ia hanya sepasang gogal mandi dan saya tinggal di kawasan yang mempunyai keluarga dengan ramai anak-anak kecil jadi saya tidak terfikir tentangnya,” jelasnya.

Tiga hari kemudiannya, Avery kembali pula dengan dua pasang gogal mandi.

“Ketika itulah ia mula menjadi agak pelik. Beberapa hari kemudian ia mula bawa pulang satu pasang sehari.

“Saya mula mencari jiran-jiran yang mempunyai anak-anak kecil. Terdapat satu rumah yang mempunyai kolam renang jadi saya sangka gogal mandi itu milik mereka,” katanya.

Namun, tiada sesiapa yang melaporkan atau mengadu tentang kehilangan gogal mandi di kawasan kejiranannya.

[Gambar: Sally Bell]

Sally percaya bahawa Avery ‘mencuri’ gogal-gogal mandi tersebut sebagai hadiah buatnya.

“Ia tidak bermain langsung dengan gogal-gogal tersebut, ia hanya meninggalkan gogal-gogal tersebut untuk saya. Ada gogal yang ia bawa pulang tempoh hari sekali dengan tikus mati – dua ‘hadiah’ dalam satu masa.

Saya rasa amat bersalah jika terdapat budak-budak yang dimarahi kerana gogal mandi mereka kerap hilang,” kata Sally.

Sally meletakkan notis di media sosial dengan harapan untuk memulangkan kembali gogal-gogal tersebut kepada pemilik asal.

“Orang ramai hanya gelak. Tiada sesiapa yang mengaku itu gogal mereka tetapi Avery kini telah menjadi seperti selebriti,” tambahnya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!