Wanita Ini Kerugian Ribuan Pound Akibat Kucing Main Paip Air Sehingga Rumahnya Banjir Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita Pilihan Editor Pilihan Haimeow

Wanita Ini Kerugian Ribuan Pound Akibat Kucing Main Paip Air Sehingga Rumahnya Banjir

Share

Seekor kucing nakal menyebabkan rumah pemiliknya banjir setelah mempelajari cara membuka paip dan menutup lubang sinki.

Jasmin Stork, 26, yang pulang dari kedai untuk mendapatkan makanan mendapati bilik airnya banjir, dan air mengalir melalui siling ruang tamu rumahnya di Kingston-upon-Hull, East Yorks.

Amber, seekor kucing Bengal yang berusia satu tahun, membuka paip dan menutup lubang sinki ketika Jasmin keluar selama 30 minit.

“Saya tahu apa yang sudah terjadi sebaik sahaja berjalan ke ruang tamu,” kata Jasmin. “Saya berlari ke atas dan lihat paip terbuka dan air melimpah daripada sinki.

“Amber merasakannya sesuatu yang hebat. Dia duduk di pintu dapur ke ruang tamu, memukul-mukul air menggunakan kakinya dengan riang seperti ia sangat menyeronokkan. Tiada penyesalan sama sekali,” jelas Jasmin.

Menurut Jasmin, sebelum keluar ke kedai, dia tidak sedar pintu tandas terbuka dan Amber ketika itu sedang tidur daripada pagi.

“Syukur saya hanya tiada selama 30 minit dan tidak keluar bekerja sepanjang hari, jika tidak ini akan menjadi lebih teruk!”

Menurut Jasmin, dia masih tidak mengetahui jumlah kerugian yang dialaminya tetapi mengagak bahawa kerja baik pulih akan menelan ribuan pound.

“Siling tidak jatuh, nasib baik. Kami tinggal di rumah lama dengan gaya pondok jadi air menitis mnembusi papan kayu. Kami terpaksa menggantikan lantai lama dengan yang baru,” katanya.

Manurut Jasmin, Amber baru belajar membuka paip di sinki seminggu sebelum kejadian tersebut berlaku.

“Seminggu sebelum kejadian ini, saya pulang dari kerja dan lihat paip di tingkat atas terbuka, tetapi nasib baik lubang sinki tidak bertutup.

“Saya merasa sangat bingung bagaimana ia boleh berlaku. Keesokan harinya, saya berada di bilik mandi dan Amber masuk kemudian melompat ke singki dan mula menggigit paip.

Jasmin berkata, selepas kejadian ini dia tidak akan meninggalkan pintu tandas terbuka lagi.

“Selepas ini kami akan mula menutup pintu tandas sehinggalah hari saya bekerja dari rumah,” kata Jasmin.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!