Wanita Ini Tangkap Kucingnya Curi Catnip, Reaksi Kucingnya 'High' Sangat Melucukan Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Wanita Ini Tangkap Kucingnya Curi Catnip, Reaksi Kucingnya ‘High’ Sangat Melucukan

Share

Pernah tak anda memberi kucing anda catnip? Pastinya anda dapat lihat pelbagai reaksi dan gelagat lucu dan menarik yang ditunjukkan oleh kucing anda apabila berada di bawah ‘pengaruh’ catnip kan?

Catnip, atau nama saintifiknya Nepeta Cataria, adalah sejenis tubuhan yang sangat digemari oleh kucing disebabkan bahan nepetalactone yang terkandung di dalamnya.

Tindak balas setiap kucing terhadap catnip adalah berbeza mengikut genetik, keturunan dan jenis kucing. Ada yang seakan-akan ‘high’ dan bermalas-malasan, dan ada juga yang menjadi hiperaktif.

Walaubagaimanapun, boleh dikatakan setiap kucing akan berasa teruja apabila diberikan catnip dan tidak akan melepaskan peluang menghidu, menggeselkan badan, menjilat dan juga makan tumbuhan tersebut.

Seorang wanita berkongsi video dua ekor kucingnya yang menggunakan catnip tanpa pengetahuannya di media sosial.

Gelagat kedua-dua kucingnya itu terhadap catnip begitu lucu dan menghiburkan terutamanya kucingnya yang bernama Naps, yang seperti ‘sudah berada di bulan’.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat lebih dua juta tontonan.

[Sumber: TikTok @andieleeds]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!