Wanita Ini Terpaksa Buat 'Group' Facebook Untuk Pulangkan Kembali Kasut-kasut Yang Dicuri Kucingnya Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Wanita Ini Terpaksa Buat ‘Group’ Facebook Untuk Pulangkan Kembali Kasut-kasut Yang Dicuri Kucingnya

Share

Seorang wanita terpaksa membuat grup Facebook untuk memulangkan kembali kasut-kasut yang dicuri oleh kucingnya di kawasan kejiranannya.

Kucingnya, yang bernama Jordan, akan berkeliaran setiap malam di kawasan kejiranan untuk melakukan aktiviti tersebut.

Wanita berkenaan, BJ Ross yang tinggal di Altoona, Pennsylvania membuat grup Facebook tersebut awal bulan ini bertujuan untuk menemukan semula kasut-kasut yang dicuri kepada tuannya.

Menurut BJ Ross, kucingnya itu kini telah mencuri lebih kurang 50 pasang kasut dan apa yang menarik mengenai tabiat Jordan, ia akan membawa sepasang kasut lengkap. Jika pada satu malam ia hanya membawa pulang sebelah pasang, ia akan kembali keesokan harinya dengan sebelah lagi.

Grup Facebook berkenaan kini telah mempunyai 3,000 orang ahli yang sentiasa mahukan perkembangan aktiviti kucing tersebut.

Antara koleksi kasut yang menjadi 'mangsa' Jordan [Sumber: Facebook BJ Ross]

“Jika anda mengenali kucing saya Jordan. Anda tahu ia amat suka membawa pulang kasut kepada saya. Ya betul. Makhluk kecil ini membawa pulang satu, dua, tiga kasut setiap malam!” tulis BJ Ross di ‘description‘ grup tersebut.

“Tahun lalu ia membawa pulang bangkai tikus, ular yang masih hidup, burung yang hidup dan sudah mati, sampah sarap termasuk plastik kosong dan sarung tangan getah. Awal Januari saya mulai sedar kasut tiba-tiba muncul di halaman rumah. Saya tidak berfikir apa-apa dan hanya membuangnya. Selepas perkara ini berterusan, ibu saya mencadangkan supaya saya simpan semua kasut tersebut dan mencari tuannya,” tambahnya lagi.

Jordan bangga di sisi koleksi kasut-kasut yang dicurinya [Sumber: Facebook BJ Ross]
Salah seorang mangsa yang menuntut kembali kasut-kasutnya [Sumber: Facebook BJ Ross]

Menurut BJ Ross, dia telah memasang alat pengesan di badan Jordan untuk menjejak aktiviti kucingnya itu. Selain itu, dia turut memasang CCTV di halaman rumahnya untuk melihat Jordan pulang ke dalam rumah setelah melakukan aktiviti tersebut.

Number two mama!!!!

Posted by Bj Ross on Jumaat, 7 Ogos 2020

Lokasi Jordan merayau di malam hari melalu alat pengesan yang dipasang [Sumber: Facebook BJ Ross]

Dia berkata orang ramai, termasuk mereka yang kasutnya dicuri, berasa terhibur dengan telatah kucing berkenaan dan dia turut menerima mesej yang menyatakan bahawa telatah kucingnya itu memberi keceriaan kepada mereka.

Jika ada yang terlihat kasut mereka di dalam grup berkenaan, mereka boleh menghubungi BJ Ross untuk mendapatkan kembali kasut yang telah dicuri itu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!