Wanita Kurang Tertarik Kepada Lelaki Suka Kucing, Dilihat Kurang 'Macho' - Kajian - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

Wanita Kurang Tertarik Kepada Lelaki Suka Kucing, Dilihat Kurang ‘Macho’ – Kajian

Share

Kepada lelaki yang sukakan kucing, ini berita yang kurang baik untuk anda – kajian dapati bahawa wanita kurang tertarik kepada lelaki yang sukakan kucing!

Itulah hasil daripada kajian yang dijalankan oleh Colorado State University, berdasarkan respon daripada 708 orang wanita yang berusia 18-24 tahun.

Saintis menunjukkan empat set gambar dua orang lelaki berbeza kepada responden, satu gambar memegang kucing manakala satu lagi tidak.

Respon yang diterima menunjukkan wanita lebih tertarik kepada gambar yang tidak memegang kucing.

38% responden mengatakan bahawa mereka akan keluar dengan lelaki di dalam gambar yang tidak memegang kucing, manakala 37% lagi mengatakan mereka akan mempertimbangkan hubungan yang serius dengan lelaki tersebut.

Gambar yang digunakan penyelidik dalam kajian tersebut.

Walaubagaimanapun, apabila ditunjukkan gambar lelaki yang sama memegang kucing, jumlah yang mengatakan mereka akan keluar dengan lelaki tersebut turun kepada 33%. Jumlah yang mengatakan mereka akan mempertimbangkan hubungan yang serius juga hanya 33%.

Bilangan responden yang mengatakan bahawa mereka langsung tidak berminat pula meningkat daripada 9 ke 14%.

“Lelaki yang memegang kucing dilihat sebagai kurang maskulin, kurang keyakinan dan tidak begitu sesuai untuk berpacaran,” kata penyelidik.

Tambahnya, keputusan kajian tersebut mungkin dipengaruhi oleh stereotaip budaya tentang pemilik anjing dan kucing.

“Adalah penting untuk mengambil kira bahawa keputusan ini dipengaruhi oleh sama ada wanita tersebut melihat dirinya sebagai cat atau dog person.

“Budaya di Amerika Syarikat mungkin melihat cat men sebagai kurang maskulin berbanding dog men, justeru mungkin menyebabkan mereka melihat dog men sebagai lebih maskulin,” menurutnya lagi.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!