Wanita Pelik 'Monitor' Katil Bayi Asyik Berbunyi, Rupanya Kucingnya Yang Jadi Punca Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

Wanita Pelik ‘Monitor’ Katil Bayi Asyik Berbunyi, Rupanya Kucingnya Yang Jadi Punca

Share

Pada suatu malam yang hening, Emily May Casey yang sedang tidur lena di katilnya tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi notifikasi daripada kamera bayi yang dipasang di katil bayinya.

Yang menjadi persoalan, bayinya, Atti, pada ketika itu sedang tidur bersamanya di katil. Di kepala Emily ketika itu penuh tanda tanya dan sedikit kerisauan jika rumahnya dicerobohi orang.

“Saya dikejutkan dengan bunyi notifikasi daripada kamera di katil Atti,” tulisnya di Facebook.

Rupa-rupanya, terdapat makhluk lain yang tertarik dengan katil bayinya, atau lebih tepat mainan yang terdapat di katil tersebut.

Apabila melihat rakaman kamera tersebut, Emily mendapati bahawa kucingnya sedang bergembira di atas katil Atti.

“Seriously guys,” tulisnya.

Namun, keseronokan tidak terhenti di situ. Pada malam berikutnya, kucingnya itu kelihatan ‘mengajak’ rakannya yang lain untuk berseronok di atas katil tersebut.

Mereka kelihatan begitu bergembira bermain di atas katil Atti.

[Sumber: Facebook Emily May Casey]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!