Wanita Terselamat Daripada Kebakaran Selepas Kucingnya Sedarkan Daripada Tidur - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Wanita Terselamat Daripada Kebakaran Selepas Kucingnya Sedarkan Daripada Tidur

Share

Tindakan pantas dan bijak seekor kucing yang menyedarkan tuannya daripada tidur berjaya menyelamatkan kedua-dua mereka daripada dijilat api.

Kucing berkenaan, yang bernama Lyosha, menggigit leher tuannya, Dina Nikolayevna yang berusia 79 tahun selepas ia sedar api mula merebak di rumah mereka di Rusia.

Tersedar daripada tidurnya, Dina terus meminta bantuan jirannya yang terus bertindak menghubungi pihak bomba.

Pihak bomba tiba selepas lima minit dan berjaya memadamkan api yang sedang merebak.

Hero! [Sumber: Instagram @eva_groom]

Lyosha pada mulanya cuba menyedarkan tuannya daripada tidur dengan mencakar pipi tuannya tetapi tidak berjaya.

Kemudian, ia terus menggigit leher Dina dan mengiau yang menyebabkannya tersedar daripada tidurnya.

Menurut pihak penyelamat, jika bukan kerana tindakan kucing berkenaan, DIna berkemungkinan besar akan mati lemas akibat asap karbon monoksida yang menebal.

Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada litar pintas daripada peti sejuk dan periuk elektrik.

Litar pintas yang menjadi punca kebakaran [Sumber: Instagram @eva_groom]

“Masih terlalu awal untuk saya mati,” kata Dina sambil membelai kucing kesayangannya itu.

Seorang groomer haiwan peliharaan, Evelina Kornienko, yang ditugaskan untuk membersihkan Lyosha akibat terkena kekotoran dalam kebakaran itu memulakan kempen untuk memberi anugerah keberanian kepada kucing berkenaan.

“Kucing setia yang berusia 15 tahun ini telah menyelamatkan nyawa tuannya dengan menunjukkan kegigihan dan keberanian. Jika ia menyorok di bawah katil, pengakhirannya akan menjadi sedih.

“Ramai yang akan bersetuju dengan saya bahawa kucing ini selayaknya diberikan pingat wira.

“Ia telah menyelamatkan dirinya, neneknya dan semua jiran-jiran yang mungkin akan menderita akibat kebakaran tersebut,” kata Evelina.

Sanggup korbankan bulu, asalkan tuannya selamat [Sumber: Instagram @eva_groom]
Dina sangat berbangga dengan tindakan bijak kucingnya yang menyelamatkan nyawanya [Sumber: Instagram @eva_groom]

Lyosha sebelum ini tinggal bersama anak perempuan Dina tetapi sejak suami Dina meninggal dunia, kucing berkenaan mula tinggal bersama Dina.

Cucu Dina, Evgenia Ponomareva berkata Lyosha adalah seekor kucing yang sangat berbakat.

Menurutnya, neneknya mempunyai masalah pendengaran dan setiap kali telefon berbuny, Lyosha akan melompat-lompat di kawasan telefon untuk memberitahu tuannya.

“Jika ia melompat-lompat di koridor, ia ingin memberitahu bahawa ada orang di luar pintu,” tambahnya lagi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!