Wanita Tinggal Kucing Dan iPad Di Rumah, Pulang Ke Rumah Dengan Koleksi Selfie Comel Kucingnya - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cerita

Wanita Tinggal Kucing Dan iPad Di Rumah, Pulang Ke Rumah Dengan Koleksi Selfie Comel Kucingnya

Share

Telatah seekor kucing di China yang pandai mengambil selfie berjaya membuat netizen terpesona dan kagum dengan bakatnya itu.

Kucing yang bernama Er Niu tersebut menggunakan tablet milik pemiliknya untuk mengambil selfie comel ketika pemiliknya berada di luar rumah.

Pemiliknya, seorang pelajar wanita yang belajar di Australia, menjumpai gambar-gambar diambil oleh kucingnya yang berusia tujuh bulan itu setelah dia melihat segumpal bulu putih di iPadnya ketika dia pulang ke rumah.

Er Niu dapat dilihat menjilat jarinya di dalam salah satu koleksi gambar selfienya yang menawan dan comel berkenaan.

Pengguna media sosial geli hati dengan gambar selfie lucu yang diambil Er Niu setelah pemiliknya berkongsi video tersebut di media sosial.

Er Niu dengan wajah comel mengambil selfie [Sumber: xiaoaierniu]
Antara selfie yang diambil oleh Er Niu [Sumber: xiaoaierniu]

Selain Er Niu, wanita tersebut juga turut mempunyai seekor kucing yang diberi nama Xiao Ai yang berusia satu tahun. Kedua-dua kucingnya itu adalah kucing yang diselamatkan olehnya.

Menurut wanita berkenaan, ketika dia pulang ke rumah, dia melihat segumpal bulu putih di atas iPadnya dan terus memeriksa galeri gambar tabletnya itu.

Pelbagai gambar lucu yang ditangkap oleh Er Niu, ada yang menunjukkan ia sedang melihat ke skrin, menjilat jarinya dan turut menggunakan lampu flash kamera untuk mendapatkan gambar yang sempurna.

Dia kemudian menemui puluhan foto yang diambil Er Niu secara tidak sengaja semasa ia bermain dengan iPad tersebut.

Antara aksi lucu yang dilakukan oleh Er Niu [Sumber: xiaoaierniu]
Er Niu & Xiao Ai [Sumber: xiaoaierniu]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!