Warga Internet Jatuh Hati Dengan Telatah Kucing Ini Bersenam Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

Warga Internet Jatuh Hati Dengan Telatah Kucing Ini Bersenam

Share

Seekor kucing obes dengan berat 25 paun (11.3 kg) telah menjadi viral setelah videonya bersenam tular di media sosial.

Video tersebut menunjukkan Cinderblock, yang berusia 8 tahun sedang menjalani rutin senaman treadmill kerana masalah obesitinya. Dalam video tersebut, Cinderblock dilihan enggan berdiri sepenuhnya di atas treadmill dan hanya meletakkan satu kaki hadapan di treadmill tersebut.

Vet yang merawatnya berkata kepadanya, “anda sedang bersenam?” sambil disahut dengan rungutan oleh Cinderblock.

Netizen berasa terhibur dengan telatah Cinderblock dan majoriti netizen memberi sokongan dan semangat kepada kucing comel tersebut untuk terus berusaha.

Cinderblock kini sedang dalam proses merawat masalah obesitinya itu di Northshore Veterinary Hospital, Bellingham.

Menurut salah seorang doktor di situ, Brita Kiffney, Cinderblock pada mulanya dibawa oleh tuannya untuk ‘ditidurkan’ kerana tidak mampu untuk menjaganya atas masalah kesihatan dan sedang menjaga ayahnya yang menghidap dementia.

“Saya tidak sanggup melakukannya dan memintanya supaya meninggalkan Cinderblock bersama saya,” kata Kiffney kepada CNN.

Walaupun pada mulanya Cinderblock dilihat enggan mengikuti senaman treadmill tersebut, ia akhirnya mula menunjukkan kerjasama yang baik dan mula berjalan di atas treadmill walaupun masih merungut.

Northshore Veterinary Hospital menggunakan teknik underwater treadmill bagi merawat Cinderblock kerana ia menghidap arthritis di sendi-sendinya dan mempunyai ekstra 10 paun (4.5 kg) berat badan. Underwater treadmill dapat meminimakan beban berat yang ditanggung dan mengelakkan ketidakselesaan sendi.

“Ia menghidap obesiti disebabkan overfeeding. Kami harap dapat meningkatkan kesedaran obesiti haiwan peliharaan, kerana 60% kucing peliharaan menghadapi masalah sama ada overweight atau obesiti. Ramai pemilik tidak tahu haiwan peliharaan mereka overweight,” kata Kiffney.

Kiffney juga berharap dengan kisah Cinderblock yang tular ini, pemilik-pemilik kucing akan mula peka dengan kesihatan kucing mereka terutama mengenai diet dan senaman kucing.

Foto: Facebook Northshore Veterinary Hospital

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!