Wujudkan Rumah Yang Selesa Untuk Kucing 'Senior' Anda - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

Wujudkan Rumah Yang Selesa Untuk Kucing ‘Senior’ Anda

Share

Sama seperti manusia, otot-otot dan anggota badan kucing juga akan menjadi lemah apabila menjangkau usia tua.

Ini menjadikan aktiviti harian seperti melompat ke atas jendela menjadi lebih sukar dan mencabar untuk kucing tua.

Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai perubahan kucing tua serta tips bagaimana untuk menjadikan mereka selesa ketika berada di rumah.

Serangan Penyakit

Kucing tua akan cenderung untuk mendapat artritis dan akan mempunyai masalah mencapai tempat-tempat yang tinggi , melompat atau melangkah masuk ke dalam bekas najis yang mempunyai penghadang yang tinggi.

Selain itu, kucing tua juga terdedah kepada masalah tiroid (khususnya hipertirodisme), yang boleh meningkatkan keresahan dan menjejaskan selera makan mereka.

Masalah diabetes juga adalah salah satu perkara yang mungkin akan menyerang kucing tua.

Hal ini membuatkan anda perlu memantau kucing tua anda bagi sebarang perubahan dalam tingkah laku fizikal mahupun emosi.

Umumnya, kucing hanya menginginkan aktiviti yang tenang seperti belaian daripada tuannya dan jadual rutin yang normal seperti waktu bermain, ganjaran dan diet pemakanan.

Tips

Jika anda mulai perasan perubahan kelakuan pada kucing tua anda atau doktor haiwan mendiagnosis kucing tua anda dengan mana-mana penyakit, anda boleh mencuba beberapa langkah di bawah untuk membantu kucing anda lebih selesa di rumah.

  1. Elakkan si bulus daripada melompat dengan kerap. Kurangkan aktiviti yang memerlukan kucing anda melompat atau menerkam dan pastikan bekas makanan dan minuman berada di tempat yang mudah diakses.
  2. Sediakan tempat rehat di kawasan yang lebih rendah dan mudah untuk dicapai.
  3. Jika kucing anda ingin bersendirian, sediakan beberapa tempat khas yang lebih privasi. Elakkan perubahan drastik di dalam rumah yang mampu mengganggu rutin harian kucing tua anda.
  4. Bantunya untuk bergerak ke satu tempat dengan lebih mudah. Bekalkan kucing anda dengan tangga untuk naik ke tempat tinggi seperti jendela. Pastikan terdapat kawasan di rumah anda terang pada waktu malam untuk membantu kucing tua bergerak di dalam gelap.

Rutin Biasa

Perkara yang paling penting yang pemilik kucing harus lakukan adalah melakukan rutin harian yang normal walaupun kucing sudah tua.

Lakukan yang terbaik untuk mengekalkan jadual seperti biasa supaya dapat membantu kucing anda untuk kekal selesa dan gembira.

Sekiranya anda memerhatikan terdapat sebarang perubahan tingkah laku seperti mendesir, membuang air dengan kerap di luar bekas najis atau sentiasa membuang air kecil, bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan dengan segera untuk diperiksa.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!