11 Simbol Penting Pada Dashboard Kereta Yang Wajib Anda Ambil Tahu - Verst );

Type to search

Motor Maniac Peranti Pilihan Motor Maniac

11 Simbol Penting Pada Dashboard Kereta Yang Wajib Anda Ambil Tahu

Avatar
Share

Jika anda lihat papan pemuka di bahagian pemandu atau dashboard, anda boleh perhatikan banyak jenis simbol yang terdapat di permukaannya. Ada simbol yang basic dan mudah dikenalpasti seperti simbol brek tangan dan lampu tinggi dan ada juga simbol yang anda tidak pernah lihat langsung ianya menyala.

Namun, jika lampu simbol berkenaan tiba-tiba menyala, pasti panik dibuatnya. Sebagai pemandu, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk ambil tahu tentang segala simbol yang terdapat di kereta anda supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan jika berlaku sesuatu kecemasan dan supaya duit anda tidak ‘terbang’ di kemudian hari.

Berikut adalah 11 simbol yang terdapat pada dashboard pemandu yang perlu anda ambil tahu:

1. Lampu amaran brek tangan

Kebiasaannya, simbol lampu ini akan menyala apabila anda sedang menggunakan brek tangan. Namun jika anda sudah menurunkan tombol brek tangan dan simbol ini masih menyala, ia menandakan bahawa terdapat masalah pada sistem brek, ABS ataupun cecair brek sudah berkurangan (Low brake fluid)

2. Lampu amaran suhu enjin

Simbol ini bertujuan untuk mengukur suhu pada bahagian coolant enjin kenderaan. Apabila tolok meter naik sehingga paras merah, ianya bermaksud sama ada air coolant di dalam radiator berada pada tahap yang rendah, kebocoran radiator ataupun masalah pada penutup kepala gasket.

Jika ini terjadi segera berhentikan kenderaan dan buka bonet kemudian biarkan sehingga suhu panas berkurangan, dan periksa paras air radiator serta lihat sama ada radiator mengalami kebocoran.

3 .Simbol amaran cecair penyejuk

Jika simbol ini menyala, ia bermaksud cecair penyejuk coolant di dalam radiator anda sudah berkurangan. Jika anda lihat simbol ini menyala, periksa dan tambah cecair penyejuk / coolant sebelum menggunakan kenderaan.

4. Simbol amaran aras minyak enjin

Sekiranya simbol ini menyala, ia bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam / minyak enjin. Pastikan anda tambah minyak enjin sebelum meneruskan perjalanan supaya tidak berlaku kerosakan pada bahagian enjin.

5. Simbol amaran sistem bateri kenderaan

Simbol ini memberi amaran mengenai bateri kenderaan anda. Sekiranya ia terus bernyala selepas menghidupkan enjin kenderaan dan semasa mula berjalan, kemungkinan terdapat masalah pada alternator, sambungan bateri, masalah kabel, power steering ataupun cooler pump enjin anda. Sila download aplikasi bateriku.com untuk dapatkan servis bantuan bateri ke lokasi anda.

6. Simbol beg udara SRS

Ini adalah simbol bagi beg udara Sistem Sekatan Tambahan (SRS) dan kebiasaannya lampu akan terpadam sekiranya anda selesai memasang kerusi kanak-kanak. Tetapi jika ia masih bernyala, kemungkinan ianya mengesan kerosakkan dan perlu di ganti sekiranya perlu.

7. Lampu amaran minyak brek

Jika simbol ini menyala, ia menunjukkan bahawa cecair untuk brek anda berada di tahap yang rendah. Sentiasa periksa tahap cecair minyak brek kerana ianya akan berkurangan apabila brake pad habis.

8. Simbol amaran periksa enjin

Simbol ini menandakan terdapat masalah pada bahagian enjin anda. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan simbol ini menyala, mungkin ada masalah di bahagian dalaman enjin yang memerlukan pemeriksaan, kekurangan kuasa enjin, ataupun sensor elektrikal kenderaan mengalami masalah. Bawa kenderaan ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik yang mahir.

9. Simbol lampu tinggi

Simbol ini akan menyala apabila anda menggunakan lampu tinggi. Pastikan anda menggunakan lampu tinggi di tempat dan masa yang betul kerana ia boleh menyebabkan silau pada pemandu di arah bertentangan, seterusnya boleh menyebabkan kecelakaan.

10. Simbol lampu kabus

Simbol ini akan menyala apabila anda menggunakan lampu kabus di hadapan dan juga di belakang. Lampu kabus amat berguna ketika anda memandu di dalam persekitaran pemanduan yang berkabus, hujan lebat dan juga dalam keadaan yang tidak jelas. Cahayanya yang terang juga boleh memastikan pemandu lain menyedari keberadaan anda.

11. Simbol sistem kawalan cengkaman (TCS)

Traction Control System (TCS) atau Sistem Kawalan Cengkaman adalah sistem yang mengawal tayar anda daripada tergelincir dan juga memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Simtem ini sesuai diaktifkan ketika anda memandu di atas jalan basah dan licin, terutamanya ketika hujan lebat.

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!