19 Buah Kenderaan Terlibat Kemalangan Akibat Tumpahan Minyak Di Kajang - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Buletin

19 Buah Kenderaan Terlibat Kemalangan Akibat Tumpahan Minyak Di Kajang

Avatar
Share

Sebanyak 19 buah kenderaan terlibat dalam sembilan kemalangan yang dipercayai berlaku akibat tumpahan minyak di Persiaran Saujana Impian, Kajang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima sembilan laporan polis berkaitan kemalangan di kawasan berkenaan pada 7 hingga 8 pagi semalam.

Kesemua 19 buah kenderaan dalam insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan.

Mohd Zaid berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat jalan licin dan terdapat unsur minyak di atas jalan raya.

Namun, punca minyak di atas jalan raya masih belum dapat dipastikan dan pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut.                                                                                  

Seorang pengguna Facebook, Muhammad Azrul Azizan berkongsi gambar di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba turut hadir ke lokasi kemalangan dan mengesahkan terdapat tumpahan minyak di tengah jalan.

[Sumber: Harian Metro]
Jalur Cermin Belakang Kereta
Battery kong? We come & check free. FREE car battery delivery & installation for the price of the battery. Bateriku.com provides a great value of on-site car battery delivery and installation services.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!