5 Sebab Kenapa Myvi Dianggap Kereta 'Legend' di Malaysia - Verst );

Type to search

Motor Maniac Pandu Uji Pilihan Motor Maniac

5 Sebab Kenapa Myvi Dianggap Kereta ‘Legend’ di Malaysia

Avatar
Share
Myvi
  • Myvi merupakan model kereta hatchback supermini buatan pengilang tempatan, Perodua.
  • Generasi pertama Myvi diperkenalkan pada tahun 2005, iaitu 15 tahun yang lalu.
  • Model generasi pertama Myvi diasaskan daripada Daihatsu Boon/Toyota Passo.

Pengenalan model pertama Myvi oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd atau lebih sinonim disebut Perodua kira-kira 15 tahun lalu menerima ‘feedback’ yang kurang menarik.

Ada sesetengah pihak yang mengaitkan model Myvi ini sebagai kereta kompak ‘ciplak’ dari model Daihatsu dan dijenamakan semula.

Biasalah, stigma masyarakat mahupun segelintir peminat automobil yang berpendapat negatif, melihat kepada pembaziran serta elemen ditawarkan tidak begitu menarik.

Myvi
Myvi generasi pertama

Tahun demi tahun, model Perodua ini telah memasuki generasi ke lima – lebih segar dari segi reka bentuk, sentuhan anak tempatan serta kereta kompak paling berjaya di Malaysia.

Selain mengambil kira faktor model kereta paling laku dan mendapat tempat di hati rakyat tempatan, Myvi juga mempunyai keistimewaan tersendiri.

Sering membuat ‘kemunculan’ dengan kisah sensasi yang panas, Myvi juga tidak terlepas daripada dijadikan ‘meme’ serta bahan jenaka netizen.

Berikut antara sebab mengapa Myvi diangkat sebagai jenama kereta nasional yang popular dan mempunyai ‘bakat’ terpendam.

Myvi
Kredit - Reedit.com

1 – Myvi Tukar Lane Guna Divider

Baru-baru ini sebuah peroduvi Myvi cuba untuk tukar laluan dengan memecut laju naik ke atas pembahagi jalan (divider) disebabkan tersalah masuk lane.

Kejadian tersebut berjaya dirakamkan menerusi dash cam pemandu kereta lain yang berada di laluan sama sekitar Taman Tun Dr Ismail.

Kejadian itu berlaku pada 5 September lalu, selepas kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilaksanakan.

Mungkin pemandu Myvi ini sudah lama tidak memecut laju di atas jalan raya. Bila tersilap jalan, terus ‘convert’ Myvi jadi kenderaan ‘pikap’ 4WD dan redah pembahagi jalan.

Myvi
Tangkap layar Myvi yang redah divider untuk tukar laluan

2 – Myvi Kuning Dikepung 7 MPV Polis

Remaja berusia 17 tahun memandu kereta Myvi sejauh 15 kilometer sekitar bandar raya Johor Bahru demi untuk melarikan diri.

Suspek memandu sendirian dan bertindak memandu dengan cara merbahaya setelah dikejar tujuh kereta peronda polis (MPV).

Pemandu belasan tahun ini enggan memberikan kerjasama untuk berhenti sebelum polis berjaya mengepungnya berdekatan restoran makanan segeran di Jalan Tebrau.

Hasil pemeriksaan ke atas pemandu Myvi itu, polis menemui pelbagai jenis dadah dalam beg sandang miliknya.

Patutlah pecut kereta laju gelisah macam cacing kepanasan.

Myvi
Myvi kuning dikepung 7 MPV
Myvi
Ihsan PDRM/Kredit - Berita Harian

3 – Where got road, there’re Myvi bro

Satu rakaman tular di media sosial menunjukkan kehebatan Myvi keluaran Perodua.

Video berdurasi 7 saat itu dikongsi seorang pengguna Twitter, Akeem Sharyzal, dengan kapsyen “Bincangkan” sambil memuat naik rakaman sebuah Myvi sanggup lalu diatas rumput demi keselesaan pengguna lain.

Aksi selamba pemandu Myvi generasi kelima itu memotong barisan kenderaan lain dengan dipandu di atas laluan rumput.

Antara ciapan yang mencuti hati, “Tengok betapa humble nya Myvi sanggup bagi kereta lain lalu atas tar. Sila bersyukur.

“Apa guna beli Hilux kalau tak boleh jadi ‘offroad’ macam Myvi”, komen netizen di Twitter. Myvi memang tak buat malu.

4 – Lembu punya susu, sapi dapat nama

Kebiasaanya apabila berlaku kemalangan di jalan raya, pasti ketegangan akan menjadi medan penentuan siapa yang bersalah antara pihak yang terbabit.

Sampai kesudah penyelesaian tidak dapat diputuskan dan situasi bertukar lebih panas. Tindakan Thomas Heng, 40, dipuji netizen selepas menghadiahkan sebuah Myvi kepada seorang ibu tunggal.

Kenderaan mewah miliknya, sebuah Lamborghini dipandu seorang rakan kongsinya sebelum terbabit kemalangan di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Dalam insiden itu, Lamborghini Thomas remuk pada bahagian depan dan kanan manakala kereta Viva yang dipandu wanitu itu ‘total lost’.

Atas rasa simpati dan prihatin dengan kesulitan dialami ibu tunggal itu, Thomas bermurah hati menawarkan sebuah Myvi terpakai sebagai ganti rugi.

Tidak semua perkara mahupun insiden perlu dipertikaikan sehingga mencetuskan ketegangan, selagi mana boleh diselesaikan cara baik dan berhemah, itu lebih baik.

Myvi
Viva dilanggar Lamborghini, Myvi sebiji sebagai ganti rugi/Kredit-Era Baru
Myvi
Myvi yang diganti oleh pemilik Lamborghini/Kredit - Azman Nor

5 – Myvi Kuning ‘Dive’ Dalam Lubang Jalan

Faktor jalan raya yang rosak dan tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyumbang kepada kemalangan selain daripada kecuaian sikap pemandu.

Sebuah kereta Myvi dipandu seorang wanita terperosok masuk ke dalam laluan yang tiba-tiba mendap di Jalan Maharajalela pada November lalu.

Mendapan tanah seluas tiga meter persegi itu berlaku pada jam 11.35 malam dan hanya melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi sahaja.

Nasib baik keadaan jalan ketika itu tidak sesak dimana boleh mengancam nyawa pemandu lain.

Pemandu wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Myvi tersebut terpaksa dinaikkan menggunakan sebuah kren pengangkut.

Selain kebimbangan terhadap insiden itu, rata-rata netizen menyuarakan tanda syukur atas keselamatan pemandu dan menganggap kereta buatan Perodua ini adalah juara!

Myvi
Meme Myvi versi Avengers: Infinity War

Apapun anggapan segelintir pihak mengenai Myvi daripada generasi pertama sehingga terkini, cerita sensasi dan kisah viral secara tidak langsung melonjakkan pencapaian Myvi sebagai kereta nasional yang paling popular.


Myvi
Terima kasih Myvi atas segala jasa & khidmat diberikan

Sekiranya anda terlepas, Grand Finale #BattRapChallenge baru sahaja melabuhkan tirainya – baca di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!