5 Tanda Awal Kegagalan Bateri Kereta Anda - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Inspection Pilihan Motor Maniac

5 Tanda Awal Kegagalan Bateri Kereta Anda

Avatar
Share
bateri
  • Kegagalan bateri menjadi punca utama atau ‘pencetus’ kerosakan pada kenderaan.
  • Masih ramai pemandu wanita tidak mengambil berat perihal kenderaan yang dipandu.
  • Hanya 12 peratus daripada pemandu wanita menggunakan khidmat ‘runner’ pertolongan auto apabila bateri habis.

Kebanyakan pemandu biasanya lebih gemar menyerahkan bulat-bulat kepada pusat servis kenderaan atau bengkel kereta apabila tiba masanya untuk penyelenggaraan.

Tidak dinafikan, ramai masih mengabaikan aspek penjagaan dan servis kenderaan apatah lagi hendak mengambil tahu atau mempelajari perihal kenderaan yang dipandu.

Senang cakap, selagi kereta yang digunakan harian belum ‘nyawa-nyawa ikan’, selagi itu pemandu akan lanyak habis-habisan; tidak kira kereta, lori, van mahupun motosikal.

bateri
Kereta dah rosak baru menyesal sebab tak servis

Sesetengah pemandu mungkin mengetahui serba sedikit penjagaan asas kereta seperti mengisi angin tayar, memeriksa minyak enjin dan air bateri ataupun menukar tayar jika pancit.

Kajian yang dilakukan Bosch Automotive Aftermarket mendedahkan kegagalan bateri merupakan punca utama kerosakan kenderaan yang kerap berlaku di Malaysia.

Kaji selidik kendalian pembekal utama komponon automotif untuk pasaran selepas itu juga menunjukkan 70 peratus kerosakan kenderaan disebabkan oleh kerosakan bateri.

Jadi, rata-rata masih ramai pemandu yang tidak mengetahui bagaimana cara untuk mengelakkan kerosakan kereta akibat kegagalan bateri.

Bosch menyarankan agar pemandu di luar sana mengambil inisiatif mendapatkan lebih banyak pengetahuan atau basic knowledge mengenai kenderaan yang dipandu serta mengenal pasti tanda awal kegagalan bateri. Bak kata peribahasa, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

bateri
Pengetahuan asas mengenai perihal kereta perlu diambil tahu

Berikut lima tanda bateri kereta anda berdepan kegagalan berfungsi;

1) Lampu amaran pada papan pemuka

Apabila kuasa bateri kereta lemah, lampu amaran enjin pada papan pemuka pemandu akan muncul.

bateri

2) Enjin bertukar menjadi perlahan

Keadaan bateri yang lemah akan menyebabkan enjin mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk dihidupkan.

3) Kekerapan cas semula bateri (jump start)

Cara menghidupkan enjin menggunakan sokongan jump start secara kerap adalah tanda awal kegagalan bateri.

Gantikan bateri jika kenderaan sudah caj semula lebih daripada 3-4 kali dalam seminggu.

bateri

4) Bateri bengkak

Faktor kegagalan bateri boleh terjadi akibat terdedah kepada haba yang berlebihan. Ia mungkin menyebabkan bateri membengkak dan mengakibatkan jangka hayatnya lebih pendek.

5) Gas berbau busuk

Bateri kereta mengandungi asid sulfurik. Ia akan melepaskan bau gas busuk seperti telur busuk, sekiranya berlaku pintasan, beku atau terlebih caj (overcharging).

Sebagai pemandu, sentiasa periksa bateri kereta anda. Elakkan daripada kebocoran kerana asid sulfurik boleh merosakkan bahagian kereta lain.

bateri

Kesimpulannya, apabila anda sebagai pemandu mempunyai ilmu dan kemahiran asas mengenai kereta sendiri, ia bukan saja dapat menjaga keselamatan di jalan raya malah dapat membantu mengurangkan risiko berlaku keadaan tidak diingini.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!