Ini Dia 6 ‘Basic Knowledge’ Mengenai Teknikal & Servis Kereta Anda Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Inspection Pilihan Motor Maniac

Ini Dia 6 ‘Basic Knowledge’ Mengenai Teknikal & Servis Kereta Anda

Share
kereta

Bila sebut pasal bahagian tekniknal dalam automotif dan servis kereta, tidak ramai yang ambil peduli.

Kebiasaan pemilik kereta lebih cenderung untuk melepaskan tanggungjawab berkaitan kondisi mobil mereka kepada rakan mekanik atau ‘pomen’.

Tidak semua pemilik kenderaan ambil tahu atau mahir dalam selok belok kereta, walaupun orang itu mempunyai lebih daripada sebuah kereta di rumah.

Secara harfiah, automotif terbahagi kepada beberapa bidang kepakaran antaranya transmission (gear box), sistem elektronik, ketuk dan cat badan kenderaan, air cond, cooling sistem, tayar, minyak pelincir dan cermin.

Kalau anda seorang yang minat ilmu teknikal dan automotif, ianya satu kelebihan bergelar seorang pemilik kenderaan.

Disebabkan ia perihal cukup terperinci, ramai hanya tahu memandu kereta tanpa mengambil kira sedikit pun ilmu asas (basic knowledge) mengenai teknikal kereta yang dipandu setiap hari itu.

Bayangkan, bila sampai masa untuk hantar servis di bengkel biasa, rakan mekanik bertanya mengenai minyak pelincir apa yang digunakan sekalipun belum tentu pemilik boleh menjawabnya.

Rata-rata mereka lebih gemar menyerahkan sepenuhnya kepada pomen. Ibarat lagu Sari Simorangkir – Ku serahkan segalanya.

Tidak salah untuk bersikap sedemikian, cumanya, tanpa basic knowledge mengenai teknikal kereta yang digunapakai setiap hari akan menyebabkan anda mudah ditipu, kereta rosak secara tiba-tiba di tengah jalan dan berisiko terdedah kepada kemalangan.

kereta

Sempena nak hujung tahun 2020 ini, apa kata ambil tahu serba sedikit tentang basic knowledge automotif dan tip teknikal untuk pastikan kereta berada dalam keadaan selamat serta dalam kondisi yang baik.

Ada beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk setiap pemilik kereta seperti fungsi brek, brake pad, tayar, alignment tayar, belting dan lain-lain.

Berikut adalah pengetahuan asas yang boleh anda pelajari mengenai servis dan teknikal. Teruskan baca setiap tip di bawah;

1 – Kalau cecair brek kurang, elakkan untuk terus topup.

Periksa dahulu ketebalan brake pad. Kebiasaanya, brake pad yang nipis (wear & tear) menyebabkan penggunaan cecair brake yang banyak untuk trigger brake.

Oleh itu, cecair brake akan berkurangan dalam takungan cecair.

kereta
Brake fluid

2 – Periksa ketebalan brake pad sama ada nipis atau tidak.

Biasanya akan ada whistling noise atau bunyi geseran bila brake pad semakin nipis dan terkena pada permukaan rotor. Ia menandakan brake pad kereta anda perlu ditukar baru.

Bunyi geseran secara berterusan pada permukaan brake rotor (disc brake) menyebabkan sistem braking pada brake pad dah haus.

Hanya tinggal adalah backing plate sahaja (kes extreme). Kontak brake pad kepada brake rotor ibarat besi bergesel dengan besi (metal to metal). Ia menyebabkan cengkaman pada brake pad sudah hilang atau semakin haus.

Kos tukar brake pad berapa? Lebih kurang RM40 hingga RM60 untuk jangka hayat penggunaan selama lebih kurang setahun. Ia bergantung kepada cara pemanduan anda; boleh jadi lebih lama atau boleh jadi kurang.

Apakah risiko boleh berlaku?

Brake pad nipis atau haus yang dibiarkan akan menyebabkan kegagalan fungsi brek. Bayangkan tengah bawa laju tiba-tiba kereta tak boleh brek dan berhenti. Hal ini boleh mengundang kemalangan yang tak diingini.

Kalau kerosakan pada permukaan rotor, anda boleh bawa pergi resurface balik permukaan rotor, tetapi bergantung pada kondisinya dan nasihat rakan mekanik. Kalau perlu tukar baru, itulah jalan terbaik.

kereta
Periksa ketebalan brake pad

3 – Bila sepatutnya saya tukar tayar baru?

Baik, secara purata, ia bergantung kepada cara pemanduan. Tayar depan kereta boleh tahan antara 2 ke 3 tahun manakala tayar belakang pula maksimum jangka hayat sekitar 5 tahun.

Sebenarnya lama boleh guna tetapi anda perlulah menjadi pengguna yang bijak. Pilihan jenama tayar mempengaruhi ketahanan (durability) tayar.

Penjelasan: Tayar depan pacu kereta dan bawa enjin. Jadi, secara logi, beban (load) tayar depan lagi banyak berbanding tayar belakang.

Selain itu, tayar depan selalu dibelok mengikut pusingan stereng manakala tayar belakang hanya mengikut hala tuju yang depan.

kereta
Pilih jenama yang berkualiti

4 – Perhatikan alignment tayar bila memandu

Hal ini penting untuk aspek keselamatan ketika memandu dan mempengaruhi jangka hayat tayar.

Kalau anda biarkan penjajaran tayar yang tidak seimbang, ia akan merosakkannya secara beransur-ansur dan mengundang bahaya. Boleh terus pergi alignment kalau rasa stereng dengan tayar tidak sehaluan.

Tanda tayar perlu alignment selain orientasi stereng adalah negatif dan positif camber. Perhatikan pada tayar, kalau bunga luar haus cepat, positif camber, kalau bunga dalam haus, negatif camber. Sepatutnya haus luar, tengah dan dalam, serentak.

Anggaran kos nak alignment julat sekitar RM30 hingga RM50, ikut model kereta. Normalnya, kos ini tidak mahal.

TipPenipuan sesetengah bengkel selalunya akan suruh anda tukar camber bolt, walhal cuma perlu adjust dan align sahaja. Itu yang buat kos jadi RM100 sekali servis instead of RM30 untuk alignment sahaja. Perlu lebih berhati-hati.

kereta
Car alignment

5 – Tukar tayar kereta

Nak tukar tayar depan, anda perlu menukarnya secara berpasangan (in pair). Tukar sepasang tayar depan sekaligus, lebih baik. Jangan tukar sebelah sebelah.

6 – Bunyi berdecit atau memekik (squeaking/screeching)

Kedua-dua bunyi ini kedengaran bila air cond dah di tutup. Jadi, kalau sudah sampai masa untuk tukar belting, tukarlah baru. Tukar belting setiap 100 ribu mileage.

Contohnya, kereta yang pakai single belting macam kereta Axia dan Myvi, dapatkan genuine belting Perodua pada harga RM40 hingga RM60 (kalau tak silap).

Kalau kereta yang pakai separate beling macam Viva, tukar belting air cond sahaja atau tak salah tukar semua sekali. Harga lebih kurang sahaja.

Sekiranya mileage kereta anda tak sampai 100 ribu lagi, bawa ke bengkel untuk ketatkan belting sahaja. Kebiasaannya, bunyi berdecit berlaku disebabkan kelonggaran atau kendur pada belting.

kereta
Bunyi squeaking atau screeching

Semoga bermanfaat perkongsian ilmu asas automotif dan teknikal yang dikongsikan oleh A Mechanic.

Teruskan menjadi pemilik kereta yang bertanggungjawab dan mengambil berat ’hati budi’ si manjanya itu.

Sekiranya anda terlepas, Proton baru sahaja melancarkan platform khusus jual beli kereta terpakai – baca di sini

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!