6 Fakta Bahaya 'Tertidur' Dalam Kereta Perlu Anda Tahu - Verst Motor Maniac

Type to search

Motor Maniac Inspection Pilihan Motor Maniac

6 Fakta Bahaya ‘Tertidur’ Dalam Kereta Perlu Anda Tahu

Share
Tidur
  • Sentiasa periksa ciri mekanikal kereta bagi mengelakkan berlaku kebocoran asap kereta.
  • Peningkatan tahap karbon monoksida akan meningkatkan risiko mati lemas di dalam kereta.
  • Karbon monoksida tetap boleh terkumpul meskipun tingkap kereta dibuka.

Kejadian empat sekawan yang merupakan penuntut kolej lemas terhidu gas karbon monoksida ketika tidur di dalam kereta pada September lalu cukup membimbangkan ramai pihak.

Semua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta dimana enjin kenderaan tidak dimatikan ketika berhenti untuk berehat.

Kebiasaanya, pemanduan menempuh perjalanan jauh tanpa rehat berisiko terdedah kepada kemalangan disebabkan mengantuk atau micro sleep.

Ada juga di antara kita mengambil pendekatan untuk berhenti di hentian rehat atau kaki jalan untuk melelapkan mata apabila badan terasa letih.

Tidur
Semua mangsa merupakan rakan baik & belajar di kolej yang sama - Astro Awani

Namun, tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang masih dipasang turut mengundang risiko lemas sekiranya berlaku kebocoran gas monoksida.

Motor Maniac ingin menyarankan agar ada baiknya jika tabiat ‘tidur seketika’ di dalam kereta dengan membiarkan enjin terpasang itu dihentikan.

Berikut fakta bahaya tidur dalam kereta;

1) Gas karbon monoksida (CO) berbahaya kepada manusia kerana ianya boleh kekal dalam sistem darah tubuh.

2) Apabila enjin kenderaan dibiarkan hidup terlalu lama, kebocoran gas boleh berlaku sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta.

Tanpa disedari, gas tersebut akan memasuki ke kabin kereta. Hal ini boleh mengakibatkan penumpang sedang tidur mengalami risiko mati lemas akibat keracunan karbon monoksida.

Tidur

3) Pengumpulan karbon monoksida pada suatu ruang yang disebabkan oleh kebocoran akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

4) Sekiranya ketumpatan gas monoksida dalam sistem darah manusia berlaku, ia menyebabkan kandungan oksigen dalam darah berkurangan. Kematian secara tiba-tiba (sudden death) boleh berlaku.

5) Kekurangan oksigen pada manusia akan menjurus kepada kesan tidak baik khususnya sistem darah dan otak. Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

6) Ada yang melontarkan pendapat bahawa jika membiarkan enjin dengan tingkap terbuka lebih elok. Sebenarnya langkah itu tidak tepat.

Meskipun dengan tingkap dibiar renggang, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan menyebabkan penuruan oksigen dalam darah.

Tidur

Persoalan: Jadi kenapa kebiasaan pemandu boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin dihidupkan?

Jawapan adalah kerana kita sedar dengan perubahan suhu dalam kenderaan dan akan sedar jika terdapat kebocoran.

Sekiranya pemandu mula merasa tidak selesa dengan pengudaraan dalam kereta, mereka akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap buat seketika.

Bagi penulis sendiri, sekiranya berasa letih atau mengantuk ketika memandu, pendekatan yang diambil adalah berhenti di hentian rehat dan cari minuman berkafein.

Kalau rajin, buat regangan badan secara ringan, basuh muka serta mengunyah keropok semasa memandu.

Tidur

BATERIKU.COM, RANGKAIAN BANTUAN & WARANTI BATERI KERETA TERBESAR DI MALAYSIA

Untuk respon lebih pantas: Web Booking

DOWNLOAD APLIKASI

Teruskan kekal berada di rumah jika tiada keperluan penting untuk keluar. Anda peminat BMW M5? Kenali model Touring Wagon yang ‘rare’ di sini. #StayAtHome #Baterikong #Motormaniac

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!