7 Tip Bantu Memanjangkan Hayat Bateri Kereta Lebih Lama - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Inspection Pilihan Editor Pilihan Motor Maniac

7 Tip Bantu Memanjangkan Hayat Bateri Kereta Lebih Lama

Avatar
Share
hayat

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) telah dilaksanakan semula bagi kesemua negeri kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Rata-rata pelbagai sektor dan industri menyarankan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah sahaja selama empat minggu sehingga 6 Disember.

Jadi, pergerakan mobiliti yang sering digunakan ke pejabat atau tempat kerja pun turut terkesan.

Timbul kegusaran dalam kalangan pemilik kereta yang bakal berdepan enjin tidak dihidupkan pada waktu pagi setelah dibiarkan tidak ‘bernyawa’. Maklumlah, kereta tidak bergerak, dibiarkan parkir lama dan hayat bateri jadi pendek.

hayat
Sentiasa periksa kereta anda

Selepas diperiksa rakan mekanik, dia mengatakan bateri kenderaan telah tamat tempoh, kong dan perlu diganti.

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk memanjangkan hayat bateri kereta di rumah semasa berdepan PKBB ini?

Bila sebut tentang penjagaan kereta, tidak ada yang lebih mengusutkan daripada berdepan situasi bateri kereta flat tiba-tiba.

Kita semua pernah menghadapi keadaan cemas ini. Masalah bateri kereta sering berlaku tanpa tanda-tanda amaran yang ditunjukkan sebelumnya.

Lebih buruk, kajian mendapati 50% kemungkinan bateri flat berlaku semasa anda baru sahaja keluar rumah dan tersadai di tepi jalan raya.

Sama seperti bateri di telefon bimbit atau komputer riba, bateri kereta asid plumbum mempunyai jangka hayat yang terhad dan akhirnya akan kehilangan keupayaan (kuasa) untuk menghidupkan kereta anda.

kereta

Pemilik boleh menjangkakan hayat bateri kereta akan bertahan sekitar 42 bulan, namun jangka masa ini boleh berubah bergantung pada keadaan – iklim panas atau sejuk, jarak perjalanan serta prestasi litar pengecasan kereta anda.

Oleh itu, tanpa mengira apa punca dan masalah utama, berikut adalah 7 tip yang boleh dipertimbangkan untuk membantu memanfaatkan bateri kereta dengan sebaik-baiknya.

1 – Elakkan kerap memandu perjalanan pendek

Bateri kereta mula cergas setiap kali anda menghidupkan enjin, tetapi kemudian kuasa bateri dicas semula oleh enjin semasa melakukan perjalanan.

Jika anda hanya memandu dalam jarak yang singkat, kuasa bateri (recharged) tidak dapat diserap secukupnya. Ia akan mengakibatkan voltan bateri berkurangan dengan stabil sehingga tidak dapat menghidupkan kereta lagi.

Kekalkan kuasa bateri kereta anda dengan kerap menggunakannya dan memandu untuk jangka masa yang lebih lama. Jika tidak, pertimbangkan melabur untuk mendapatkan pengecas bateri bagi membantu mengekalkan voltan yang diperlukan.

Kalau nak lebih jimat, selalu lah bawa keluarga anda road trip jauh-jauh sikit selepas pasca PKPB ini. #CutiCutiMalaysia

hayat
"Long day's journey give wonderful night rest"

2 – Pastikan bateri diikat dengan kemas & ketat

Getaran mampu mengurangkan jangka hayat bateri kereta anda. Jadi sangat penting anda selalu periksa kedudukan bateri dan disarankan guna pemegang bateri yang sesuai.

Ia penting untuk memastikan bateri kereta sentiasa dipegang dengan baik setiap saat pemanduan. Sekiranya tidak diikat dengan baik, getaran berlebihan boleh merosakkan komponen dalaman bateri kereta anda.

Tetapi janganlah pula anda mengikut perasaan dengan over-tightening dengan kekuatan yang luar biasa. Ia boleh mengundang kerosakan pada bateri. Macam lagu Iwan, Yang sedang-sedang saja.

hayat
Ikat bateri dengan ketat

3 – Minimumkan penggunaan kuasa semasa enjin mati

Tip yang selalu dipandang remeh oleh pemilik kereta. Bateri kereta memerlukan tempoh pengecasan semula setelah enjin dimatikan.

Jadi, lampu depan, lampu dalaman kereta dan radio dinyalakan semasa enjin mati adalah kesalahan kecik tapi beri impak yang memudaratkan.

Pengaliran kuasa secara berterusan dan kerap pengisian (recharging) boleh memendekkan hayat bateri kereta.

Mudah sahaja, sebelum keluar dari kenderaan, pastikan semua aksesori dimatikan dan periksa semula bahawa semua lampu sudah dimatikan sebelum berlalu pergi meninggalkan kenderaan.

4 – Pastikan bateri bersih & baik

Periksa bahagian atas bateri anda, pastikan ia bersih, kering dan bebas daripada kotoran.

Punca bateri kereta flat disebabkan wujudnya litar pintas ringan akibat kotoran yang melepasi bahagian bateri.

Terminal bateri juga akan berkarat dan mengakis dari masa ke masa. Sentiasa periksa dan bersihkan dari penumpukan adalah cara terbaik untuk memanjangkan hayat bateri kereta anda.

  • Gosokkan terminal dengan berus gigi lama
  • Celupkan berus ke dalam campuran baking soda dan air.
  • Bilas kawasan kotoran dengan semburan botol air sejuk & lap dengan kain bersih.
hayat
Periksa bahagian atas bateri anda

5 – Cuba kurangkan daripada pendedahan haba/panas

Satu tanggapan popular yang salah adalah bahawa cuaca sejuk membunuh hayat bateri. Ia adalah tidak benar sama mengikut teori Top Gear Box.

Kereta berjemur dan bateri dibiarkan terdedah dengan panas melampau menyebabkan peningkatan kadar penyejatan air dari sel – walaupun bahagian bateri ditutup rapat.

Jadi, letakkan kenderaan anda di tempat teduh atau simpan kereta di dalam ruang garaj sekiranya tidak digunakan pun lebih baik.

hayat
Parking tempat redup

6 – Periksa voltan bateri anda sebulan sekali

Hayat bateri asid plumbum akan menjadi pendek secara mendadak jika dibiarkan tanpa pengecasan semula.

Oleh itu, periksa voltan bateri dengan voltmeter sebulan sekali adalah kaedah terbaik untuk mengawasi kesihatan bateri anda.

Sekiranya voltan turun di bawah paras nomal iaitu 12.7, kami mengesyorkan untuk mengecas semula bateri secepat mungkin.

hayat
Periksa voltan bateri kereta

7 – Jangan biarkan kereta tidak bergerak terlalu lama

Selepas membaca 6 tip di atas, bateri kereta asid plumbum sentiasa perlu dicas semula sepanjang masa untuk mengelakkan kerosakan atau memendekkan jangka hayatnya.

Tidak kira apa jua jenama, semua bateri asid plumbum secara semula jadi akan ‘hilang kuasa’ dari masa ke masa – sesuatu yang disebut sebagai pelepasan diri (self-discharge).

Sekiranya kenderaan anda akan tidak bergerak untuk tempoh panjang dari seminggu-dua, disarankan untuk menyambungkan pengecas tetesan (trickle charger) bagi memastikan kondisi kuasa bateri kekal tip-top.

Cumanya, membiarkan bateri tersambung ke pengecas tetesan terlalu lama boleh menyebabkan overcharging lalu mengundang kerosakan pada bateri.

Jangan mengecas untuk jangka masa yang lama tanpa pengawasan. Tetapi pengecas apungan mampu mengelakkannya.

hayat
Car battery charger
hayat
Parkir di garaj kalau tak bergerak lama

Sekiranya anda terlepas, ketahui 8 tip penjagaan bateri kereta anda di rumah dengan betul – baca di sini.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!