Ketahui 8 Tip Penjagaan Bateri Kereta Anda Dengan Betul - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Modifikasi Pilihan Motor Maniac

Ketahui 8 Tip Penjagaan Bateri Kereta Anda Dengan Betul

Avatar
Share
penjagaan bateri kereta

Seringkali terjadi kepada sesetengah pemilik kenderaan di luar sana yang terlupa untuk periksa paras air bateri mengikut jadual.

Sebenarnya, penjagaan bateri kereta anda juga perlu diberi perhatian, bukan hanya perlu ditukar bila kong sahaja.

Jika penjagaan bateri kereta diabaikan, kesannya seperti enjin tidak dapat dihidupkan, jangka hayat bateri cepat rosak dan anda perlu mendapatkan pertolongan untuk menukarnya.

Sebanyak 50 peratus kegagalan pramatang bateri kereta disebabkan kekurangan air semasa pengecasan berlaku. Terdapat tiga punca air bateri akan menyusut antaranya;

  • Kehilangan air bateri disebabkan jarang diselenggara/diperiksa.
  • Penyejatan daripada haba tinggi bonet kereta yang selalu dibiarkan parkir di tengah panas.
  • Pengecasan voltan secara berlebihan.

Kebiasaanya pemilik kereta yang menggunakan bateri basah berdepan masalah kegagalan bateri berbanding pengguna bateri kering.

Penulis sendiri pernah berdepan situasi kereta tidak boleh start disebabkan air bateri kering kontang.

Suka atau tidak, kita kena cari jalan untuk menyelesaikan masalah itu hanya kerana mengabaikan penjagaan bateri kereta.

kereta

Jadi, sebelum penulis berleter panjang, perkasa asas yang perlu anda tahu adalah cara penjagaan bateri kereta yang betul mengikut saranan Bateriku.com.

Berikut 8 tips ringkas untuk menjaga jangka hayat bateri kenderaan anda.

1 – Jadikan rutin periksa keadaan bateri

Bateri berisiko mengalami kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya.

Sekiranya terdapat kesan debu putih dibahagian terminal dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan ke bateri terlalu tinggi.

Perhatikan kondisi bateri bagi mengelakkan kerosakkan teruk pada komponen ini. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.

penjagaan bateri kereta

2 – Periksa paras air bateri bergantung kepada penggunaan

Sebaik-baiknya anda periksa paras air bateri seminggu sekali. Kalau dulu pekerja stesen pam minyak selalu buat untuk pelanggan mereka.

Jika paras air kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air mineral sejuk bersih boleh digunakan asalkan air tersebut bukan diambil dari pili air paip sebab ada kandungan klorin yang tinggi.

Jangan isi air secara berlebihan dari paras yang ditetapkan. Ia akan menyebabkan air bateri melimpah dan boleh mengundang risiko kerosakkan pada bahagian besi atau komponen lain.

Kalau rasa nak mudah dan sudi berbelanja, tukar kepada bateri kering yang lebih maintenance free.

3 – Pastikan kedudukan bateri betul

Semua bateri kenderaan disediakan kotak plastik yang tahan lasak dengan dua sambungan terminal – positif dan negatif. Pastikan kedudukan bateri stabil ketika kenderaan bergerak dan tidak mudah tertanggal.

Apabila anda buka dan memasangkannya semula, bersihkan terlebih dahulu kotak plastik dan pastikan keduduk terminal (+-) berada di posisi yang betul.

Semua dah okay, barulah pasang semula skru dan hidupkan enjin kereta.

4 – Bersihkan terminal bateri

Jangan ingat terminal bateri dibiarkan begitu sahaja ye. Lama-kelamaan, serbuk putih (sulpherated) akan terhasil pada bahagian terminal.

  • Tanggalkan sambungan kabel dan jauhkan daripada terminal bateri.
  • Bersihkan terminal guna berus dawai dengan bancuhan air dan soda. Gosok bahagian terminal sehingga bersih daripada kesan garam asid.
  • Jangan guna penukul untuk memasang sambungan kabel ke terminal bateri. Longgarkan skru untuk pemasangan yang lebih mudah.
penjagaan bateri kereta
Bateri rosak & berkarat
penjagaan bateri kereta

5 – Sapu gris tahan panas

Terminal bateri disaluti plumbum atau tembagam jadi ia mudah karat. Langkah terbaik menjaganya adalah dengan menyapu gris tahan panas.

6 – Catat tarikh penukaran bateri

Sekiranya anda baru sahaja menukar bateri kereta yang baru, lebih baik dicatatkan tarikh anda mula menggunakan bateri tersebut pada bahagian tepi.

Ia penting sebagai rujukan jangka hayat bateri tersebut. Anda boleh tulis menggunakan pen marker permanent.

penjagaan bateri kereta

7 – Periksa penebat bateri jika ada

Penebat ini berfungsi untuk melindungi bateri daripada kesan kepanasan melampau.

Kesan tersebut menyebabkan cecair bateri kering dengan cepat. Penebat perlu ada ditempatnya dan diselenggara dengan baik.

8 – Periksa & tukar bateri bila perlu

Kebiasaanya, selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta bergantung pada cara penggunaan.

Kalau selalu lupa refill dan paras air selalu kering, jangka hayat bateri untuk cepat kong boleh berlaku antara 6 bulan sahaja.

Sekiranya berkemampuan dan tak rajin nak selalu isi air, ganti dengan free maintenance battery. Boleh dapatkan tips serta konsultasi dari team Bateriku.com.

penjagaan bateri kereta

Tips: Semasa beli bateri, jangan semberono sahaja membuat pilihan kerana terdapat kewujudan bateri ‘ciplak’ atau recycle di pasaran.

Jadi, tips mudah belil bateri kereta dari jenama autentik dengan bantuan daripada team Bateriku.com. Bateri yang ‘boek’ biasanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.

Nak tukar bateri kereta sendiri? Jangan abaikan 8 aspek keselamatan ini – baca di sini.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!