Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 Berkuat Kuasa 23 Oktober Ini, Hukuman Lebih Berat Nanti Pesalah Jalan Raya
Share

Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat untuk kesalahan lalu lintas, khususnya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45, akan mula dikuat kuasa 23 Oktober ini.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, kementeriannya menerima pemberitahuan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa akta itu daripada Jabatan Peguam Negara semalam dan beliau selaku menteri sudah menandatanganinya.