Apakah Fungsi Daytime Running Lights (DRL) Pada Kereta Anda? - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Peranti

Apakah Fungsi Daytime Running Lights (DRL) Pada Kereta Anda?

Avatar
Share

Apabila memandu di atas jalan raya, pasti anda perasan terdapat sesetengah kereta yang lampunya menyala walaupun di siang hari.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Lampu ini sebenarnya dipanggil Daytime Running Lights atau DRL dan akan menyala apabila kereta hidup.

DRL boleh dikatakan sebagai ciri yang mula popular pada kenderaan masa kini dan kebiasaannya mengeluarkan cahaya kuning, kuning-jingga atau putih.

Berbeza dengan lampu hadapan, cahaya dari lampu DRL sedikit malap dan tidak menerangi jalan seperti lampu hadapan.

DRL adalah salah satu ciri-ciri keselamatan yang bertujuan untuk meningkatkan penglihatan pemandu lain terhadap kenderaan anda di atas jalan raya.

Sistem DRL adalah automatik, bermakna ia akan menyala sendiri apabila kereta dihidupkan dan pada sesetengah kereta, lampu DRL akan mati dengan sendirinya apabila lampu hadapan dihidupkan.

[Gambar: powerbulbs]

Fungsi ini mula diperkenalkan pada tahun 1970-an dan menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini.

Negara-negara yang terletak di bahagian utara seperti Norway, Iceland, Sweden dan Kanada, di mana cahaya kurang pada waktu siang (terutamanya pada musim sejuk), adalah antara negara terawal yang mewajibkan pemasangan DRL.

Di negara-negara ini, banyak kajian yang dilakukan sejak tahun 1970-an menunjukkan bahawa penggunaan DRL mampu mengurangkan kemalangan.

Walaubagaimanapun, terdapat kumpulan yang menentang penggunaan DRL atas sebab-sebab yang tertentu, antaranya lampu tersebut boleh mengganggu penglihatan.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Battery kong? We come & check free. FREE car battery delivery & installation for the price of the battery. Bateriku.com provides a great value of on-site car battery delivery and installation services.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!