Audi TT RS 40 - Model Sempena 4 Dekad ‘Quattro’, Hanya Ada 40 Unit Di Dunia - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Modifikasi Pandu Uji Pilihan Motor Maniac

Audi TT RS 40 – Model Sempena 4 Dekad ‘Quattro’, Hanya Ada 40 Unit Di Dunia

Avatar
Share
Audi TT RS 40

Audi, kereta mewah keluaran dari Jerman yang tidak asing lagi baru sahaja memperkenalkan versi TT RS 40.

Model TT RS 40 dihasilkan sempena untuk meraikan ulang tahun ke-40 sistem pacuan semua roda Quattro drivetrain.

Model TT RS 40 hanya diperkenalkan di pasaran tempatan di Jerman. Ini adalah edisi khas kereta sport Audi TT yang mana angka 40 merujuk kepada 40 unit yang dijual kepada pembeli pada harga €114,040 bersamaan dengan 133,500 USD (RM556,790).

Tanda 40 itu juga sempena mengimbau sistem pacuan semua roda Quattro yang diperkenalkan Audi sejak 4 dekad lalu.

Berdasarkan varian RS Coupe dari siri Audi TT, edisi khas ini menampilkan beberapa ciri luaran yang lebih sporty dan kekemasan pada bahagian dalaman.

Tidak hanya pada design, Audi turut menaik taraf aspek prestasi model Coupe dua pintu ini dengan sedikit ubahsuai yang berkaitan dengan aerodinamik serta casis.

kereta

Sekali pandang pasti tertawan. Kalau penulis tengok Audi TT RS 2018 pun dah terliur, apatah lagi dengan model edisi khas ini.

Audi TT RS 40 menawarkan warna putih sebagai color base yang digabungkan dengan corak tiga garisan – merah, kelabu dan hitam.

Garisan (stripes) tersebut melambangkan identiti Audi Sport GmbH, iaitu bahagian pengeluaran kereta sporty di Jerman.

Penampilan model ini tampak lebih agreasif dengan bahagian bawah spoiler (underbody) dan sisi depan (front spoiler).

Spoiler TT RS 40 lebih besar berbanding TT RS Coupe bagi memberikan pacuan aerodinamik dengan mengurangkan tekanan angin.

Audi TT RS 40

Bumper belakang juga ditambah dengan panel tona gelap digabungkan dengan dua muncung ekzoz bujur untuk menonjolkan ‘keseksian’ siri TT RS 40.

Sentuh mengenai bodywork, varian TT RS 40 mempunyai lebih banyak perincian yang menjadikannya antara siri Audi yang ‘rare’.

Dipadankan dengan rim putih eksklusif bersaiz 20 inci dengan kaliper brek merah, cap hiasan “Quattro”, ruang kabin didominasi dengan warna hitam sepenuhnya yang kontras dengan motif putih dan merah.

Tulisan Jerman “40 years Quattro” juga kelihatan di bahagian pintu. Stereng dan pemegang gear dibaluti material kulit premium Alcantara manakala kerusi sporty digayakan dengan kulit Nappa.

Audi TT RS 40

Setiap unit pengeluaran TT RS 40 mempunyai siri nombor tersendiri yang diukir pada tombol gear. Perincian lain masih sama seperti TT RS Coupe.

Bahagian tempat duduk penumpang dikeluarkan dan diganti oleh Audi dengan kerangka yang diperbuat daripada gentian karbon.

Gantian ini menjadikan TT RS 40 lebih ringan berbanding TT RS Coupe, kira-kira16 kg. Frem tersebut turut membantu menambah baik kekuatan badan kereta siri Quanttro ini.

Audi TT RS 40 digerakkan dengan kuasa enjin 2.5L TFSI 15 dengan turbocharged yang mampu menjana pecutan 394 hp dan tork maksimum 480Nm.

Digabungkan dengan transmisi automatik 7-kelajuan S Tronic dengan sistem pacuan Quattro.

Kuasa enjin ini membolehkan TT RS 40 ini memecut 0-100 km/jam dalam 3.7 saat. Kelajuan maksima dihadkan oleh pengeluar pada pecutan 280 km/jam sahaja. 

Audi TT RS 40

Orang kata, biar tak pecut laju macam Ferrari SF90, tapi tetap kacak bergaya dengan strip tiga pada hood, spoiler depan ‘potong angin’, leather sporty seat, rim putih kacuk kaliper brek merah dan paling penting, hanya ada 40 unit sahaja di dunia. 

Kalau lah penulis dapat sebiji model TT RS 40 ni, memang janji dah tak cari lain atau ‘curang’. Audi memang terkenal dengan imej ‘budak jahat’ yang cukup mengancam! 

Sekiranya terlepas, model ‘rare’ 1995 BMW M5 Touring Wagon lebih mahal daripada 7-series sedan – baca di sini.

Audi TT RS 40
Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!