Bateri Basah vs Bateri Kering, Mana Lebih Bagus & Sesuai Untuk Kereta Anda? Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Peranti

Bateri Basah vs Bateri Kering, Mana Lebih Bagus & Sesuai Untuk Kereta Anda?

Share
bateri

Bateri adalah komponen yang amat penting bagi mana-mana kenderaan tidak kiralah sama ada kereta, motosikal, bas hatta kapal terbang sekalipun.

Kereta memerlukan kuasa bateri bagi menghidupkan enjin, dan bateri memberikan kuasa yang diperlukan untuk pencucuhan, lampu elektrik, dan aksesori lain

Secara am, terdapat dua jenis bateri yang digunakan oleh kereta iaitu bateri basah dan juga kering.

Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis bateri ini dan bateri jenis manakah yang lebih bagus?

Apa Itu Bateri Basah?

Bateri basah atau sel basah menghasilkan kuasa dari sepasang elektrod dan larutan elektrolit cecair. Ini terdiri daripada plat plumbum dalam larutan asid sulfurik, yang disebut juga bateri asid plumbum.

Dalam bahasa mudah, bateri basah adalah bateri yang menggunakan air bateri atau air suling.

Bateri basah memerlukan penjagaan rapi iaitu memastikan paras air sentiasa berada di tahap yang mencukupi supaya tidak rosak. Penutupnya juga mesti ditutup rapat bagi mengelakkan penyejatan asid.

Bagi memastikan bateri jenis ini tahan lama, anda dinasihatkan supaya memeriksa paras air bateri seminggu sekali jika anda sentiasa menggunakan kereta atau setiap 2 atau 3 minggu sekali jika anda jarang menggunakan kereta.

Apa Itu Bateri Kering?

Bateri kering atau sel kering menggunakan elektrolit pes, dengan sedikit kelembapan untuk membolehkan arus mengalir.

Bateri kering juga dikenali sebagai bateri ‘maintenance free’ kerana ia tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan.

Berbeza daripada sel basah, anda tidak perlu menambah air bateri ke dalam bateri kering kerana memang tiada ruang pun untuk mengisi air bateri.

Anda hanya perlu tukar apabila jangka hayatnya sudah tamat, iaitu sekitar satu hingga dua tahun

Bateri Kering VS Bateri Basah, Mana Yang Lebih Bagus?

Sebenarnya, tiada jawapan yang tepat bagi persoalan ini kerana ia bergantung kepada pilihan masing-masing. Kedua-dua jenis bateri mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Berikut kami senaraikan perbandingan antara kedua-dua jenis bateri untuk memudahkan anda membuat pilihan.

Bateri Basah Bateri Kering
Elektrolit Elektrolit cecair Elektrolit pes
Cara penggunaan Perlu dipasang secara menegak untuk mengelakkan tumpahan Boleh digunakan dalam apa-apa kedudukan
Pengeluaran gas Boleh mengeluarkan gas yang berbahaya kepada kesihatan Kebiasaannya tidak mengeluarkan gas
Berat Lebih berat Lebih ringan
Penyelenggaraan Paras air perlu sentiasa diperiksa Tiada penyelenggaraan khusus
Kos Lebih murah Lebih mahal
Jangka Hayat Jangka hayat lebih panjang jika diselenggara dengan baik Jangka hayat lebih pendek sekitar satu hingga dua tahun

Akhir kata, tepuk dada tanya selera yang mana satu menjadi pilihan anda.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!