Bengang & Demi ‘Konten’ YouTube, Lelaki Ini Bakar Mercedes-AMG GT 63 Berharga RM1.8 Juta - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Modifikasi Pilihan Motor Maniac

Bengang & Demi ‘Konten’ YouTube, Lelaki Ini Bakar Mercedes-AMG GT 63 Berharga RM1.8 Juta

Avatar
Share
Mercedes
  • Mikhail Litvin merupakan seorang Vlogger Rusia yang tidak berpuas hati dengan pengedar Mercedes-AMG GT 63 S miliknya.
  • Mercedes Coupe empat pintunya sering bermasalah sejak dibeli & pengedar tidak mengambil pedulinya selepas menjual.
  • Video Mercedes-AMG yang dibakar telah mendapat 13 juta tontonan sejak dimuatnaik di YouTube pada 24 Oktober lalu.
  • Featured image – Indianaexpress.com

Kalau dah terlalu kaya, kereta mewah berharga RM1.8 juta sanggup dibakar demi memuaskan hati yang bengang gara-gara kereta yang dibelinya kerap bermasalah.

Bintang Youtube dari Rusia, ЛИТВИН atau Mikhail Litvin dikatakan berang selepas beberapa kali cuba menghantar Mercedes-AMG GT 63 yang dibeli dari pengedar rasmi jenama Jerman itu untuk dibaik pulih.

Namun permintaan YouTuber ini tidak dilayan dan penjual tersebut mencari alasan untuk tidak membaikinya. 

kereta

Alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Disebabkan layanan buruk yang diberikan, YouTuber ini bertindak membakar keretanya sambil merakamkan kejadian tersebut demi konten salurannya – ЛИТВИН.

Video berdurasi selama 7 minit 28 saat itu telah mendapat 1.1 juta tanda suka (like) dan 114 ribu komen daripada netizen yang begitu teruja melihat Mercedes-AMG dibakar begitu sahaja.

Pemulaan klip video tersebut penulis tengok pun rasa tersentap sebab kereta yang dibakar itu adalah Mercedes coupe.

Tapi apa boleh buat, Youtuber Rusia ini sudah bengang, terlalu kaya dan mungkin nak sampaikan mesej ‘tersirat’.

Mercedes
Mikhail Litvin, YouTuber Rusia dengan 5 juta subscribers
Mercedes

Rata-rata pengikut (subscribers) terkejut dengan tindakan Mikhail yang sanggup membakar kereta Mercedes bernilai RM1.8 juta itu.

Mungkin ini ‘mesej’ paling mudah untuk pengedar Mercedes-Benz di Rusia memahami apa yang dirasakan oleh Litvin setelah layanannya tidak diendahkan.

Bawa AMG GT 63 S miliknya dan parking di tengah-tengah ladang yang lembab dan berumput hijau, nyalakan pemetik api dan nikmati sosej barbeku sambil membiarkan Mercedesnya terbakar. Thug life bro! 

Adegan lebih dramatik pada penghujung video dimana YouTuber Rusia ini naik kereta old-school ZAZ 968 yang perlu ditolak oleh tiga orang sebelum berlalu pergi meninggalkan kawasan kejadian. 

Mercedes
Mercedes-AMG GT 63 S
Mercedes
Kereta old-school ZAZ 968

Cuma satu perkara yang tidak boleh dinafikan, penghasilan video atau konten ini sangat mahal semata-mata untuk dimuatnaik di YouTube.

Tapi penulis percaya, dengan jumlah tontonan yang mencecah 13 juta dan viral di media sosial, Mercedes-Benz pasti tidak senang duduk melihat reaksi netizen.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=TVCWKa1mbkE[/embedyt]

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!