Bruce Willis Kembali Dalam "DieHard Is Back" - Iklan Bateri Kereta Paling Gempak - Verst Motor Maniac

Type to search

Motor Maniac Buletin Pilihan Motor Maniac

Bruce Willis Kembali Dalam “DieHard Is Back” – Iklan Bateri Kereta Paling Gempak

Share
Die Hard
  • Filem aksi bertajuk A Good Day To Die Hard (2013) merupakan siri ke-6 Die Hard yang menampilkan pelakon handalan, Bruce Willis.
  • Watak Detektif John McClane dimainkan semula dalam DieHard Is Back demi misi peribadi yang mendebarkan & ‘plot twist’.
  • Video berdurasi 2 minit ini turut menampilkan watak lain yang familiar antaranya Clarence Gilyard Jr (Theo) & De’voreaux White (Argyle).

Die Hard is Back!

Sebaik sahaja trailer pendek filem “Die Hard” yang dibintangi oleh Bruce Willis mula tersebar dalam internet dan media sosial, ramai peminat tertanya-tanya adakah ini sekuel terbaru. 

Penulis turut menganggap ianya salah satu ‘senjata’ pemasaran untuk menarik perhatian peminat filem genre aksi yang popular sejak 1988.

Teka-teki serta andaian ramai pihak ternyata salah. Namun tidak ada yang terlalu mengkritik kerana filem pendek tersebut masih menampilkan John McClane.

Die Hard
Detektif John McClane
Die Hard
Clarence Gilyard Jr (Theo)

Ikuti ringkasan filem pendek berdurasi 2 minit. Watak John McClane dihidupkan semula dan terpaksa berdepan musuh lamanya, Theo bersama konco-konconya.

Kereta John McClane terkandas di satu kawasan lengang bersebelahan tapak pembinaan akibat kegagalan bateri berfungsi.

Kemudian dia berjalan menuju Advance Auto Parts untuk mencari bateri ganti. Sebelum berjaya menghidupkan keretanya, John McClane berdepan misi untuk menyelamatkan diri.

Sebenarnya, kemunculan semula John McClane bukanlah untuk sekuel filem terbaru, ia adalah iklan pemasaran untuk bateri kereta DieHard keluaran Advance Auto Parts di Amerika Syarikat.

Sentuhan sinematik dan plot twist digunakan sebagai teknik mempromosikan segmen automotif oleh pembekal alat ganti itu.

Cukup kreatif idea tersebut dan rata-rata netizen menganggap iklan komersial ini sejuta lebih baik daripada francais Die Hard yang terakhir – termasuk watak Argyle yang mencuit hati.

Die Hard
Bruce Willis sebagai peneraju utama dalam iklan komersial Die Hard

Setelah berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan limo driver Argyle, McClane kembali ke kereta Chevrolet Caprice miliknya untuk menggantikan bateri.

McClance sempat melemparkan bom tangan pada excavator yang dikendalikan Theo.

Iklan tersebut diakhiri dengan babak catchy dimana Argyle sempat mengatakan “Yippee Ki Yay”, lantas McClane menjawab, “Hey, that’s my line”.

Pada Disember lalu, Sears telah menjual jenama bateri DieHard kepada Advance Auto Parts dengan nilai jualan mencecah $200 million (RM830 juta).

Kesimpulannya, Bruce Willis terpaksa berdepan musuh lama semata-mata ingin menukar ganti bateri kereta pada tengah malam.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=W7kFGGFI9Xo[/embedyt]


Jadi, bila kereta anda bateri habis atau ‘kong’ secara tiba-tiba, dengan siapa perlu meminta pertolongan?

Sudah tentu Bateriku.com adalah penyelamat! Team Bateriku.com akan datang membantu menyelesaikan masalah bateri kenderaan anda dengan kadar segera.

Tidak perlu bergaduh atau bersusah payah mencari bengkel pada lewat malam demi seketul bateri kenderaan. Semuanya dihujung jari anda! 

Die Hard
“Yippee Ki Yay”

BATERIKU.COM, RANGKAIAN BANTUAN & WARANTI BATERI KERETA TERBESAR DI MALAYSIA

Untuk respon lebih pantas;

WEB BOOKING: Bateriku.com/order/booking

DOWNLOAD APLIKASI;

WHATSAPP: wasap.bateriku.com
HOTLINE: 011 1600 6008

Teruskan berada di rumah jika tiada keperluan penting di luar. Khabarnya Proton X50 bakal dilancar secara maya 27 Oktober ini – baca di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!