Cermin Pecah Kena Batu Akibat Pemotong Rumput? Tenang, Ini Cara Dapatkan Ganti Rugi Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Inspection Pilihan Editor

Cermin Pecah Kena Batu Akibat Pemotong Rumput? Tenang, Ini Cara Dapatkan Ganti Rugi

Share

Pernah tak anda memandu kereta di sebatang jalan dan tiba-tiba sebutir batu melantun ke arah cermin tingkap kereta anda sehingga menyebabkan ia pecah?

Apabila anda keluar kereta, anda kemudiannya dapati batu yang terkena cermin kereta anda itu adalah disebabkan oleh pemotong rumput yang sedang bertugas di tepi jalan.

Sesetengah orang akan bertindak agresif atau kasar dan marah kepada pemotong rumput tersebut dan ada juga yang panik dan susah hati kerana memikirkan tentang wang yang harus dikeluarkan untuk membaiki cermin tersebut.

Namun, jika anda berdepan situasi seperti ini, perkara awal yang anda harus lakukan adalah bertenang dan tidak membuat tindakan melulu yang akan merugikan diri anda sendiri.

Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan diwajibkan mempunyai perlindungan insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan mewajibkan mana-mana syarikat yang ingin memasuki tender memotong rumput harus mempunyai insurans sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan “cover note” insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.

Apa yang anda harus lakukan jika berdepan situasi begini?

1. Berhentikan kenderaan anda di tepi jalan dan bertenang, ambil gambar dan jumpa pekerja yang sedang memotong rumput tersebut. Jangan sesekali bertekak atau menggunakan kekerasan.

2. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor pekerja yang membuat kerja mesin rumput itu.

3. Semak dengan pihak syarikat dimanakah bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit.

4. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam (jangan tangguh terlalu lama). Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian,serta nama jalan dan juga kawasan di mana kejadian berlaku.

5. Bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.

Selepas ini, jika anda berdepan dengan situasi sebegini, bertenang dan bertindak dengan rasional.

Jangan mengikut amarah kerana pekerja itu hanya menjalankan tugasnya dan pastinya perkara tersebut berlaku tanpa disengajakan.

BATERIKU.COM, RANGKAIAN BANTUAN & WARANTI BATERI KERETA TERBESAR DI MALAYSIA

Untuk respon lebih pantas:

WEB BOOKING :
https://www.bateriku.com/order/location

DOWNLOAD APLIKASI
Playstore
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bateriku.customer

IOS*
https://apps.apple.com/my/app/bateriku/id1149657692

WHATSAPP : wasap.bateriku.com
HOTLINE : 011 1600 6008

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!