Dari Lada Priora Yang 'Cikai' ke Ferrari California, Lihat Koleksi Kereta Milik Khabib Nurmagomedov - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Buletin Pilihan Editor Pilihan Motor Maniac

Dari Lada Priora Yang ‘Cikai’ ke Ferrari California, Lihat Koleksi Kereta Milik Khabib Nurmagomedov

Avatar
Share

Gelanggang oktagon Ultimate Fighting Championship (UFC) baru-baru ini mengucapkan selamat tinggal kepada seorang lagenda yang berasal dari Rusia, Khabib Nurmagomedov.

‘The Eagle’ mengejutkan peminat sukan MMA apabila mengumumkan persaraan beliau setelah menewaskan Justin Gaethje dalam perlawanan ke 29-nya pada aksi UFC 254 di Abu Dhabi ahad lalu.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Kejayaan beliau dalam gelanggang UFC bukan sahaja berjaya membuatkan dirinya terkenal dan disegani dalam arena pertempuran, atlet itu juga dilaporkan telah ‘mengutip’ kekayaan berjumlah 23 juta pound sepanjang kariernya.

Walaupun tidak suka mempamerkan kekayaannya di khalayak ramai, Khabib diketahui memiliki koleksi kereta yang menakjubkan seperti kebanyakan atlet bertaraf ‘superstar‘ yang lain.

Bermula dengan kereta Lada Priora pada awal kariernya, berikut adalah koleksi kereta milik atlet berusia 32 tahun ini.

Lada Priora

Kereta buatan syarikat automotif Rusia, AvtoVAZ ini adalah kenderaan pertama milik Khabib. Kereta ini hanya bernilai kira-kira RM10,000. Bagaimanapun, Khabib hanya memiliki kereta ini untuk beberapa bulan dan menjualnya bagi mengumpul dana untuk memulakan karier beliau dalam sukan MMA. Ternyata pengorbanannya itu sangat berbaloi!

MERCEDES-BENZ W124 300E

Gambar hiasan

Khabib diketahui sebagai seorang peminat Mercedes. Setelah kariernya mula naik, Khabib beralih kepada Mercedes W124 300E. Malangnya, kenderaan tersebut hancur akibat kemalangan. Tetapi Khabib masih setia bersama pengeluar kereta Jerman itu.

MERCEDES-BENZ AMG-GT

Khabib tidak mengeluarkan wangnya walau sesen pun untuk kereta ini! Seorang billionaire Rusia menghadiahkan Khabib sebuah Mercedes AMG-GT sebagai tanda terima kasih kerana mengharumkan nama negara dalam sukan MMA. Jentera Mercedes berkenaan dilengkapi dengan enjin dwi-turbo V8. Namun nasib sama menimpa kereta tersebut apabila hancur terkena tiang selepas dipandu oleh rakannya.

FERRARI CALIFORNIA

Gambar hiasan

Khabib telah dilihat memandu sebuah Ferrari California – yang bernilai kira-kira RM850,000 – beberapa kali walaupun tidak diketahui sama ada beliau memiliki kereta tersebut atau hanya menyewanya.

BMW 6 SERIES

Gambar hiasan

Setelah kariernya mula berjaya, Khabib telah membeli dua buah BMW 6 Series, walaupun tidak diketahui model mana yang menjadi pilihannya.

TOYOTA LAND CRUISER J200

Koleksi kenderaan terbaharu yang berada dalam simpanan Khabib adalah sebuah kenderaan off-road Toyota Land Cruiser J200 – yang dibawa masuk ke Malaysia sebagai Lexus LX.

Kereta yang ditawarkan dengan harga bermula kira-kira RM350,000 itu juga adalah kenderaan pilihan United Nation dan NATO.

Untuk pengetahuan anda, jaguh MMA ini juga merupakan duta bagi Toyota Rusia.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!