Gadis Ini ‘Convert’ Myvi Jadi Campervan – Barulah Roadtrip Lebih Cool
Share

- Gadis CamperMyvi peroleh inspirasi daripada Asri Nawawi atau lebih dikenali sebagai Bangkenteng.
- Bangkenteng popular dengan saluran YouTube Aceyie yang mengubah suai Perodua Kancil miliknya menjadi campervan.
- Peminat campervan bebas memilih lokasi penginapan terindah atau berdekatan dengan tarikan pelancongan setempat.
Percutian menggunakan konsep campervan lifestyle khususnya di Malaysia semakin berkembang dan diminati tak kira jantina baik lelaki mahupun perempuan.
Istilah campervan membawa maksud pengembaraan menggunakan kenderaan (van) yang dilengkapi kemudahan asas seperti katil dan dapur.
Lebih mudah kita gelarkan sebagai penginapan bergerak.

Sebelum ini tular di Facebook BackPackerz mengenai roadtrip yang dipandu seorang wanita mengembara sejauh 1500 kilometer dari Melaka, Perak, Kedah, Pantai Timur dan kembali semula ke Bandar Bersejarah itu.
Uniknya, gadis ini memulakan perjalanan roadtrip dengan menaiki Myvi yang diubah suai mengikut konsep campervan.
Farah Nabilah atau digelar “Gadis CamperMyvi” memulakan pengembaraan dari Melaka dan sempat mengunjungi Pulau Perhentian sebelum menuju lokasi terakhir di Pantai Penarik, Setiu untuk bermalam.
Tambahnya lagi, keputusan untuk roadtrip bersama Perodua Myvi generasi pertama berwarna hijau disebabkan ingin mendekati alam semula jadi dengan bajet yang minima selain meminati gaya hidup campervan.


Kos Modified Berpatutan
Biarupun tidak berkemampuan membeli sebuah van, Farah tetap membelanjakan kira-kira RM500 untuk kos modifikasi keretanya agar bersesuaian dengan keperluan asas campervan.
Paling banyak kos dibelanjakan untuk menyediakan meja kayu (foldable) dan bedding section (ruang tidur queen size) yang lebih selesa.
Bahagian bonet diubah suai untuk memuatkan tilam nipis serta ruang untuk memasak dan makan. Dekorasi tambahan seperti lampu, kipas mini, bantal hanya menggunakan barang-barang peribadi miliknya.
Roadtrip solo dengan Myvi memberikan Farah lebih keyakinan bercuti serta memandu seorang diri, di samping menjadi terapi untuk dirinya melepaskan stres.



Namun aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan. Gadis berasal dari Melaka ini akan memilih camp site yang mempunyai review positif serta kawasan yang sesuai untuk campermyvi parkir dan bermalam.
Pendek kata, di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Biarpun ketiadaan tapak campervan di Malaysia, gaya hidup dan minat terhadap pengembaraan campervan ini boleh dijadikan trend percutian dalam negara pada masa hadapan.


BATERIKU.COM, RANGKAIAN BANTUAN & WARANTI BATERI KERETA TERBESAR DI MALAYSIA
Untuk respon lebih pantas;
WEB BOOKING: Bateriku.com/order/booking
DOWNLOAD APLIKASI;
WHATSAPP: wasap.bateriku.com
HOTLINE: 011 1600 6008
Teruskan berada di rumah jika tiada keperluan penting di luar. Jom ketahui fakta bahaya tidur dalam kereta yang masih hidup – baca di sini.