Honda Tayang Prototaip Honda Civic 2022, Penampilan Lebih Kemas, Segak - Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Buletin

Honda Tayang Prototaip Honda Civic 2022, Penampilan Lebih Kemas, Segak

Avatar
Share

Jika dihitung, sudah kira-kira lima tahun Honda telah melancarkan Honda Civic generasi kesepuluh dan kebiasaannya, selepas lima tahun Honda akan memperkenalkan generasi baru bagi keretanya.

Honda secara rasminya mendedahkan prototaip Honda Civic 2022 sebentar tadi melalui live stream di Twitch. Walaupun hanya versi prototaip, rupa sebenar Honda Civic baharu itu tidak akan lari jauh daripada versi ini.

Jika dilihat, Honda Civic generasi kesebelas ini menampilkan bahagian depan yang baharu dengan lampu DRL baharu.

Bahagian badannya pula memperlihatkan imej yang lebih sofistikated dan kemas berbanding generasi sebelum ini, seperti sebuah Accord mini.

Tiada lagi lampu sepit ketam di bahagian belakang dan digantikan dengan lampu yang lebih ringkas dan turut dilengkapi dengan tip ekzos berkembar.

Ia juga bakal didatangkan dengan rim bersaiz 19 inci dengan kemasan warna hitam.

Rekaan bahagian dalam pula menampilkan perubahan yang lebih ketara dengan penampilan yang lebih ringkas dan kemas.

Menurut Honda, Civic baharu akan mendapat “perubahan bahagian dalam yang lebih dramatik” seperti generasi terawal Honda Civic.

Ia bakal menampilkan rekaan papan pemuka honeycomb di bahagian bawah skrin sentuh sehingga ke bahagian papan pemuka penumpang.

Skrin infotainmen bakal tiba dalam saiz 9 inci berbanding 7 inci pada generasi kini.

Dari segi keselamatan, Honda memberitahu bahawa Civic terbaharu ini akan mempunyai “pelbagai sistem keselamatan aktif dan pasif yang baru” dengan ciri keselamatan Honda Sensing ditawarkan bagi semua varian.

Jalur Cermin Belakang Kereta
Battery kong? We come & check free. FREE car battery delivery & installation for the price of the battery. Bateriku.com provides a great value of on-site car battery delivery and installation services.
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!