HYPE MOTORSPORTS NILAI - HOTEL PERMOTORAN PERTAMA DI DUNIA - Verst Inspection );

Type to search

Inspection Motor Maniac Pilihan Motor Maniac

HYPE MOTORSPORTS NILAI – HOTEL PERMOTORAN PERTAMA DI DUNIA

Avatar
Share

“Rasa macam seorang pelumba bila menginap di sini, terima kasih Hype Motorsports Hotel!”. Jika benar anda seorang yang meminati sukan permotoran, rugi kalau tak rasai pengalaman bermalam di hotel butik pertama di dunia berkonsepkan dunia permotoran!

HOTEL GAYA PERMOTORAN

Macam tak percaya, tetapi itulah realitinya!

Untuk membuka sebuah hotel bukanlah mudah kerana ia memerlukan modal yang sangat tinggi weh! Bukan sahaja modal, minat di dalam bidang permotoran juga penting bagi memastikan kemajuan perniagaan yang diusahakan pada masa akan datang. Penulis memang tabik hormat pada individu di sebalik pembukaan Hotel Hype Nilai ini.

LOKASI STRATEGIK

Menariknya, dengan pembukaan hotel ini, ia akan menjadi tumpuan ‘kaki’ sukan kelajuan kerana kedudukan hotel terletak berhampiran dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jadi, lebih mudah buat peminat sukan Formula One, Grand Prix Motorcycle Racing (MotoGP), dan Superbike World Championship (WorldSBK) untuk mencari tempat ‘berteduh’ sementara menunggu race day.

Jarak hotel dari KLIA dan Litar Sepang hanya mengambil masa 15 minit sahaja manakala perjalanan ke ibu kota Kuala Lumpur pula kira-kira 40 minit.

Pengendali Hotel Hype Motorsports Nilai, Negeri Sembilan ini adalah milik Forte Hospitality Management Sdn Bhd. Difahamkan, Forte Management juga merancang untuk terus meluaskan rangkaian hotel butik berkonsepkan permotoran ini di seluruh negara khususnya destinasi utama dan bandar besar seperti di Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar, Kuantan dan Johor pada masa akan datang.

KONSEP BUTIK HOTEL UNIK

Selain itu, penulis juga ingin menyentuh sisi lain hotel Hype ini antaranya fasiliti, jenis bilik serta kemudahan lain yang ditawarkan agar geng backpakerz juga boleh merasai pengalaman bermalam di hotel berkonsepkan permotoran ini.

Ketika ini, Hype Motorsports Nilai menawarkan 75 bilik yang direka unik mengikut citarasa seorang pelumba menerusi susun atur kerusi, katil dan paparan grafik serta gambar-gambar berlatarbelakangkan aksi perlumbaan.

TAWAR BILIK MOTOGP & F1

Lebih menarik lagi, terdapat beberapa bilik ‘istimewa’ bertemakan lagenda permotoran dunia seperti perlumba pasukan Ferrari (F1) terkenal, Michael Schumacher, selain pelumba MotoGP kegilaan ramai, Valentino Rossi #46, rider motocross, Tony Cairoli, pemandu rali, Sebastian Loeb dan sebagainya. Setiap bilik lagenda dan bilik ‘premier’ dilengkapi dengan kerusi urut massage chair untuk keselesaan pelanggan hotel.

Jadi, sesiapa yang penat ride atau memandu, boleh cuba rehatkan sendi-sendiri anda dengan kerusi urut ini. Memang berbaloi!

Buat masa ini, Hype Motorsports Hotel menawarkan tiga jenis bilik iaitu Standard, Superior dan Family yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti pendingin udara, kunci pintu dengan kad sentuh, pengesan asap, akses internet Wi-Fi percuma serta televisyen yang lengkap dengan saluran siaran tempatan, saluran permotoran dan juga jadual harian penerbangan.

FREE CAR WASH

Walaupun hotel baru dibuka pada awal Julai yang lalu, kemudahan yang disediakan memang ‘tip-top’!

Selain itu, hotel ini menawarkan perkhidmatan special seperti servis basuh motorsikal atau kereta secara percuma untuk tetamu yang menginap di sini (terms and conditions apply).

Pendek kata, Hype Motorsports Hotel Nilai akan menjadi pilihan pertama bagi mereka yang mencari penginapan dengan suasana sukan permotoran yang cukup unik, moden dan selesa. Sudah pasti memenuhi citarasa seorang pelumba! Anda boleh layari website mereka, Hypenilai.com untuk maklumat lanjut.

– Ada Paddock Club Cafe yang menyajikan sajian halal serta makanan popular tempatan dan citarasa western.
– Pit Stop Merchandise juga terletak bersebelahan kaunter daftar masuk dan kawasan lobi. Jadi, anda boleh shopping barangan yang berasaskan permotoran di sini.
– Ruang lobi yang luas itu turut mampu meletakkan apa jua jenis kenderaan atau motosikal untuk tujuan pameran.

Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!