Ini Sebab Model 'Rare' 1995 BMW M5 Touring Wagon Lebih Mahal Daripada 7-Series Sedan Verst Motor Maniac );

Type to search

Motor Maniac Modifikasi Pilihan Motor Maniac

Ini Sebab Model ‘Rare’ 1995 BMW M5 Touring Wagon Lebih Mahal Daripada 7-Series Sedan

Share
  • BMW M5 pernah memenangi beberapa gelaran dalam dunia pemotoran antaranya World Performance Car 2018 di New York.
  • Model kereta tersebut dianggap kenderaan ikonik dalam kategori sports sedan BMW M5.
  • 1995 BMW M5 Touring Wagon merupakan model paling ‘rare’ bagi siri keluaran M5.

Setiap model BMW M5 mempunyai peminat tersendiri. Model M5 merupakan siri kereta yang awal mengetengahkan konsep sedan mewah dengan prestasi supercar.

Model M5 pertama berjaya dihasilkan pada tahun 1985 dengan casis E28 535i dan enjin telah diubah suai dari M1.

Siri M5 merupakan pengeluaran sedan terpantas pada ketika itu. Sepanjang pengeluaran BMW M5, terdapat satu model istimewa serta cukup klasik iaitu 1995 BMW M5 Touring atau lebih dikenali E34 BMW M5 Wagon.

BMW M5
BMW M5 Touring

Model ini dibangunkan pada tahun terakhir pengeluaran E34 M5, M5 Wagon menggunakan skema warna BMW Individual Santorini Blue dengan bahagian atas serta dalaman kulit Lotus White Nappa.

Ini adalah salah satu daripada dua unit Santorini Blue E34 M5 Touring daripada 891 unit pengeluaran siri tersebut.

Terdapat sebuah model yang masih dijaga rapi kini ditayangkan di BMW Auto Enthusiast Auto Group di Ohio, Amerika Syarikat. Bagi penggemar American BMW, pengedar kereta ini antara pusat pemulihan BMW yang terkemuka di Ohio.

Menurut BMW Blog, harga M5 Wagon mampu mencecah $149,900 (RM622,009), dan anda perlu membayar kos tambahan (kurier) untuk membawanya pulang sekiranya pembeli luar dari Amerika Syarikat.

BMW M5
Rare 1995 BMW M5 Touring Elekta

Tanda harga itu menjadikan M5 Touring Wagon lebih mahal daripada model BMW 7-series.

Kekuatan Wagon berasal dari tenaga enjin 3.8-litre inline-6 yang menghasilkan 370horse power (hp) dan tork 320 ib-ft. Spek asal M5 Touring adalah 340hp dan 295 lb-ft.

Ia berfungsi menggerakkan roda belakang melalui transmisi manual 6-kelajuan Getrag Type D. Sedikit sebanyak model ini telah diubah suai menjadikannya keluaran M5 Touring yang hebat daripada ‘perjanjian’ sebenar.

Model ini dibina pada 9 Disember 1994 untuk pasaran Jerman dan berupaya memecut 180 miles per hour (mph) di laluan Autobahn.

Siri M5 Wagon ini memiliki flywheel yang cukup ringan, klac heavy-duty, 3:65 limited-slip rear diff dan kit shift AutoSolutions.


Trivia – Oleh kerana Autobahns, Jerman dianggap sebagai negara tanpa had kelajuan umum di lebuh raya. Autobahn bermaksud laluan berkelajuan tinggi atau maksimum yang dibenarkan di lebuh raya di kebanyakan negara Eropah.


Bagi mendapatkan sebuah kereta BMW yang diubah suai, sentuhan modifikasi kelajuan maksima dan siri yang tidak pernah dapat dilihat pada sepanjang pengeluaran BMW M5.

Jika anda meminati lebih mendalam model BMW klasik yang cukup rare, E34 BMW M5 Touring merupakan permata tersembunyi. Sekiranya anda berminat untuk membelinya, anda boleh menghubungi pengedar BMW Auto Enthusiast Auto Group di sini.

BMW M5
E34 BMW M5 Touring Wagon
BMW M5
BMW 7-Series Sedan dianggarkan RM 598,800

BATERIKU.COM, RANGKAIAN BANTUAN & WARANTI BATERI KERETA TERBESAR DI MALAYSIA

Untuk respon lebih pantas: Web Booking

DOWNLOAD APLIKASI

Teruskan kekal berada di rumah jika tiada keperluan penting untuk keluar. Jom baca 11 simbol  penting pada dashboard kereta anda di sini.
#StayAtHome #Baterikong #Motormaniac

Tags:
Mueastt

Mata sepet tapi suka baca rencana.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!