Jalur Cermin Belakang Kereta, Ada Fungsi Ke?
Share

Setiap rekaan atau bahagian yang terdapat di dalam kereta anda mempunyai fungsi atau kegunaannya yang tersendiri.
Jika anda lihat pada cermin di bahagian belakang, anda dapati kebanyakan kereta mempunyai jalur cermin belakang kereta melintang di permukaannya. Pernahkah anda terfikir apakah fungsi jalur-jalur tersebut?
Jalur-jalur ini, yang dipanggil sebagai defogger, adalah filamen elektrik yang menghasilkan haba sekiranya tingkap belakang anda mula kabur akibat wap.
Fungsi ini amat penting sekiranya anda memandu pada waktu hujan atau bagi mereka yang tinggal di negara yang bersalji.
Ia dapat memastikan supaya cermin anda sentiasa kelihatan jelas dan tidak membataskan penglihatan anda.

Cermin depan anda juga sebenarnya dilengkapi dengan defogger. Tetapi pasti sukar untuk anda fokus pada pemanduan jika terdapat jalur-jalur di cermin kereta anda bukan?
Jadi, defogger untuk cermin hadapan datang dalam bentuk lubang angin pada bahagian bawah cermin.
Walaupun menggunakan sistem yang berbeza, kedua-dua defogger ini menggunakan cara yang sama untuk berfungsi, iaitu dengan menggunakan haba untuk mengelakkan kondensasi atau mencairkan ais pada cermin anda.